Monday, 16 August 2010

Apabila AlQuran dibaca sekadar pahala tulisan, bukan difahami

Pelik sekiranya kita mempunyai sebuah buku yang telah kita baca bertahun-tahun lamanya, kita jaga buku itu daripada rosak dan dicemari, namun kita tidak pernah tahu apakah isi kandungan buku tersebut. Apakah yang mahu disampaikan oleh penulis buku itu kepada para pembacanya.

Begitulah al-Quran yang telah lama kita baca, kita jaganya, kita hormatinya. Namun, berapa ramai dari kita memahami al-Quran terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi tanah air kita ini? Hakikatnya kita masih jauh daripada seruan al-Quran untuk difahami, dikaji dan difikirkan. Sebagaimana hadis Riwayat Baihaqi yang bermaksud:

"Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong / roboh daripada petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Daripada mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."
(HR Baihaqi).

Link: Utusan Malaysia

advertlets

nuffnang