Sunday, 15 May 2011

Pentingnya Pendidikan Kewangan / Financial Education

Saya baru selesai habis baca buku bertajuk "Unfair Advantage" oleh Robert Kiyosaki tebal 277 muka. Sebelum ni pun pernah baca buku Kiyosaki bertajuk "Increase your Financial IQ". Intipati sama cuma beza cara pengolahan.

Antara isi kandungan, pentingnya financial education dan hakikatnya ia tidak diajar di sekolah atas pelbagai sebab dan alasan. Pada tahun 1971, Presiden Nixon mencabut tambatan nilai emas daripada dolar, menghalalkan tindakan Federal Reserve mencetak duit kertas dolar sewenang-wenang tanpa kawalan.

Bagi orang biasa yang tidak ada financial education, mereka fikir harga barang semakin mahal sebab apa yang dipanggil inflasi - permintaan tinggi. Sebenarnya inflasi bermaksud nilai duit kertas semakin merosot, kerana dicetak sewenang-wenang tanpa kawalan.

Disebabkan nilai duit kertas merosot, cara fikir lama "Belajar pandai-pandai, apply kerja, belanja bawah kemampuan, saving banyak-banyak" sudah tidak boleh lagi dipakai.

Dalam konteks tempatan, kita boleh tengok sendiri, mereka yang belajar pandai-pandai di IPT terpaksa apply loan (PTPTN) untuk belajar, lepas habis belajar belum tentu dapat kerja tapi hutang sudah confirm. Bayar balik loan PTPTN dengan interest yang menyeksakan. Lambakan lepasan IPT yang tidak dapat pekerjaan kemudian disenarai hitam atau dikenakan penalti interest kerana lambat selesaikan hutang. Kalaupun ada yang dapat kerja, cara hidup mereka menyedihkan sebab kos sara hidup semakin meningkat.

Termasuklah juga yang sudah lama bekerja dan sudah berkeluarga dan beranak pinak. Setiap kali diumum barang naik harga, mereka naik berang dan mengamuk. Jenayah semakin meningkat sebab orang semakin desperate. Menteri-menteri mula buat kenyataan tak masuk akal bahawa keadaan terkawal. Setengah negeri, pengundi menolak kerajaan BN dan memangkah parti alternatif kerana inginkan perubahan.

Kalaupun ada yang berjaya menyimpan duit dalam bank untuk masa depan, sebenarnya usaha itu tak cukup. Nilai duit kertas semakin hari semakin merosot. Saya tak tahu harga seekor lembu dulu berapa tapi yang pasti lebih mampu. Sekarang lebih kurang RM2000. Pada masa akan datang, RM5000 pun belum tentu dapat beli ekor lembu.

Kiyosaki dalam bukunya mengajak supaya mengubah cara fikir untuk menghadapi masalah kewangan yang semakin hari semakin bencana.

Persoalannya, adakah kita sanggup keluar daripada zon selesa (comfort zone) dan berubah.

advertlets

nuffnang