Wednesday, 18 April 2012

Proton Preve - drive it to believe it

Petang tadi saya berkesempatan melihat Proton Preve dengan lebih dekat di showroom Proton Presint Diplomatik, Putrajaya. Sebelum tu saya singgah minum dulu di kedai mamak Ali Bistro, kebetulan nampak Proton Preve warna merah sedang dipandu uji. Fuh, sebab excited semua orang yang duduk di meja luar tengok Preve lalu sampai tak kelip mata <- ok, ini menambah-nambah, mestilah sempat kelip mata.

Sampai saja di kawasan showroom, masa tu sudah pukul 6 lebih tapi masih ada ramai yang datang nak tengok Preve. Saya sebenarnya kalau boleh nak test Proton Preve versi manual, tapi tak ada. Yang ada cuma versi CFE. Jadi agak kecewa sikit, walaupun tak ada pun niat nak membeli. Niat menyibuk saja.

First impression, design exterior boleh kata kemas, tidak ada lekuk-lekuk hodoh kononnya mengambil konsep bentuk wau, gasing yang kesudahannya menjadi bahan ketawa, menjadi bentuk seakan ekor kura-kura, contohnya yang terdapat pada design belakang Proton Savvy atau grill Proton Gen2. Melihat design exterior Proton Preve pada saya jauh lebih mudah diterima, satu perkembangan yang baik.

Dalam internet sudah banyak gambar-gambar Proton Preve, ada sebahagian orang komen belakang Preve tak cantik, macam tak siap etc. Tapi bila tengok kereta sebenar, nampak moden dan ala continental. Yang penting macam saya tulis tadi, tak ada bentuk ekor kura-kura, pun begitu ada kebenaran design nak kena improve lagi.

Contohnya bahagian grill depan nampak lifeless / flat, tak hidup. Kalau letak headlight mata terbonjol, logo ke bumper timbul sikit barulah nampak 'hidup'. Tak apa, boleh perbaiki dalam next facelift - kalau ada.

Cuma lampu belakang tu, betullah, macam terlebih tinggi sikit, dan terlalu empat segi (squarish). Kalau turun sikit beberapa milimeter, dan bulat-bulatkan sikit bucu-bucunya, tentulah lebih cantik.

Lepas tu ada orang kata apalah Proton Preve ni tiru design Kia lah, BMW lah.. Kalau tanya saya, baguslah ambil pengajaran yang baik-baik. Alasan mereka, tak ada originality. Apa maksud dia orang ni dengan tak ada originality? Kalau kita tengok satu orang smart pakai kemeja, pakai suit, adakah kita mesti pakai seluar dalam di luar, sambil buat corak dengan lipstick sebab nak claim originality?

Ambil inpsirasi daripada design orang lain tak ada salah, cuma kalau boleh dalam intepretasi sendiri, ukuran sendiri.

Ruang dalaman bagus sangat praktikal, ruang kaki di seat belakang selesa, lutut tak bergesel dengan seat depan. Seat belakang ada arm rest boleh dinaik turun. Fabrik seat lembut, pilihan warna gelap dan nampak kelas.

Steering dibalut dengan material lembut baru ada 'feel'. Diameter steering pun saya suka, just nice tak terlalu besar. Ruang bonet belakang luas memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang tiap-tiap tahun memandu balik kampung.

Design dashboard dan central console simple, ada kelas, tak terlalu complicated, setaraf dengan brand lain. Satu peningkatan besar berbanding model-model Proton sebelum. Pun begitu, kualiti plastik digunakan pada sesetengah tempat masih perlu diperbaiki sebab masih ada bibit-bibit rasa 'kemurahan' (look cheap).

Meter console kalau ikut taste saya.. kurang 'sporty', nampak tak mahal, samada sebab kualiti plastik atau warna (?).

Harga Proton Preve bermula dari RM59k hingga RM72k, dengan gajet & features yang biasa terdapat dalam model-model kereta jenama luar negara yang berharga lebih RM100k ke atas, pada saya faktor penarik untuk bakal pembeli kereta.

Kesimpulan? Saya percaya jualan Proton akan meningkat dengan Proton Preve. Dulu orang berbondong-bondong beli Saga BLM sebab "akhirnya" dapat beli kereta yang senonoh (proper car) - (setelah berbelas tahun dikhianati oleh kualiti vendor kroni yang dahsyat) - pada harga RM40k. Sekarang orang ramai akan berbondong-bondong kerana akhirnya dapat beli kereta yang memenuhi kriteria antarabangsa dari segi design, keselamatan dan prestasi.

advertlets

nuffnang