Semalam saya sempat jalan-jalan di KL cari barang dan survey harga laptop. Pertama kali naik ERL dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral kemudian monorel hingga Imbi. Memandangkan bulan puasa, sebelum berangkat balik duduk sekejap memerhati kepelbagaian di KL.
Dalam perjalanan pulang, saya ternampak deretan suratkhabar dengan berita muka depan tentang isu doa untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa khutbah Jumaat. Maka banyaklah pihak dari parti politik yang kerjanya condemn sana condemn sini. Setelah kita disaji dengan berita-berita buang baby new year selama beberapa hari ni, keluarlah balik nama UMNO, BN, PAS dan DAP untuk tatapan rakyat.
Saya bukan nak komen tentang hukum.
Yang saya nak komen di sini ialah, cara kita handle isu sesama "adik beradik" seperti ni. "Adik beradik" maksud saya kat sini saudara seagama. Kita ni walaupun lahir berlainan bapa dan ibu tapi dalam agama, kita semua bersaudara, kita semua ibarat adik beradik. Adik beradik sepatutnya tolong-menolong, hormat menghormati, nasihat menasihati, selalu berbincang, selalu share idea, sama-sama jaga nama "keluarga". Sama-sama pergi ke masjid yang sama, sama-sama selesaikan masalah.
Bila sebut adik beradik ni biasalah ada perbezaan pendapat. Walaupun sama-sama duduk di bawah satu bumbung, belum tentu sesama adik beradik selalu sependapat dalam satu-satu perkara. Minat dan personaliti pun berbeza-beza. Tapi perlukah sesama adik beradik bergaduh, tuduh menuduh, keluar parang, jatuh menjatuhkan? Semestinya tidak. Ini bukan attitude sesama adik beradik.
Tapi dalam politik negara, seolah ada law yang mengatasi (overrule) "prinsip saudara seagama".
Saya cadangkan mana-mana kumpulan pun, tak perlulah condemn sebarang usaha murni atau idea bernas daripada kumpulan lain bila ia memberi manfaat kepada syiar dan umat Islam. Kita semua sepatutnya berusaha untuk menghidupkan prinsip-prinsip dalam AlQuran dalam kapasiti dan kebolehan masing-masing. Jabatan agama kena tegakkan agama, firma IT kena tegakkan agama, company GLC ke MNC ke pun kena tegakkan agama, parti pemerintah, parti pembangkang, individu, pendek kata semua orang terlibat.
Boleh jadi kita sedikit sebanyak berbeza cara pelaksanaan tetapi masih dalam konteks yang sama - nak menangkan agama. Tidaklah sampai bergaduh bagai nak rak, apatah lagi tuduh menuduh sesat dan kafir.
Kita sebagai "adik beradik", malulah kecoh-kecoh dalam suratkhabar diperhati "orang lain" / "orang luar family".