Thursday, 10 December 2015

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009 (2nd year)

Tahun kedua pakai kereta Peugeot 308 Vti model 2009, beli 2nd hand, so far so good, syukur tidak ada rosak yang major, walaupun adalah isu sikit-sikit, biasalah kereta pun bukan baru. Dah pakai 2 tahun (umur kereta sudah 6 tahun) jadi lebih faham tentang 'karakter' kereta ni, terutamanya dalam hal elektrikal.

Mari saya senaraikan satu per satu maintenance tahun ni, selain servis minyak enjin dan oil filter.

1. Bulb lampu brek belakang. Tukar bulb sahaja.
2. Bulb lampu depan. Tukar lagi. Suka betul kereta ni blow lampu.
3. Aircond tak sejuk. Topup gas, sejuk sekejap lepas berapa hari panas balik. Sampai 2 kali topup, still sama. Ini mesti ada leaking kat mana-mana. Hantar bengkel, check punya check, buka dashboard, confirm cooling coil bocor. Lepas tukar baru kembali normal.

Tapi cerita tak habis lagi. Selang berapa hari, aircond mula buat perangai sekejap sejuk, sekejap panas. Ingatkan kipas radiator problem. Hantar bengkel, check check, OK confirm aircond pressure switch kena tukar. Damage rm150. Lepas tu aircond sejuk walaupun baru start kereta!

Tapi satu benda tentang repair aircond Peugeot - MESTI hantar bengkel yang specialized dalam repair Peugeot. Kerja buka dashboard tu agak rumit, dan Peugeot ni banyak bahagian elektronik yang sensitif (read BSI). Jangan sampai kereta jadi bahan eksperimen mekanik tak bertauliah.

4. Coolant fluid leaking. Check engine oil, temperature masa enjin on pun ok, tak overheat. Dua tiga malam google punya google, mungkin hose leaking, mungkin expansion tank crack, mungkin cap, mungkin head gasket sudah gone (!) tiba-tiba terserempak dengan produk bernama 'k-seal', claim boleh repair masalah coolant leaking ni. Masa tu saya fikir, kalau produk ni autah je, barulah repair betul-betul: tukar tank ke hose ke top overhaul ke (minta jauh). Result selepas pakai k-seal? Coolant level maintain!! Sampai hari ini pun coolant tak kurang lagi. Since dah ok, coolant tak bocor lagi, malas dah nak fikir lagi.

Jadi tahun kedua ni ada sedikit drama, namun kebanyakannya dapat ditangani. Total kos repair tahun ni - bulb lampu, repair aircond, aircon pressure switch dan 'k-seal' - dalam RM2000, atau kalau dipuratakan, lebih kurang RM166 sebulan. Sehingga hari ini Peugeot 308 masih gagah berlegar di sekitar Lembah Klang.

Plan selepas ini ialah tukar ATF dan tayar baru.

Saya perasan kereta Peugeot ni kita tak boleh drive lasak-lasak. Mesti gentle dan relax. Sudden acceleration, stuck dalam heavy traffic jam dalam jangkamasa lama, jemur kereta bawah matahari Malaysia, ini semua boleh mengganggu hormon singa.

Saya fikir tips paling penting sebagai owner Peugeot ialah, pertama: kenali kereta anda luaran dan dalaman, hardware dan software. Dan kedua, mesti ada workshop Peugeot yang reliable berhampiran tempat tinggal anda. Ada dua perkara ni, singa anda akan mengaum untuk jangkamasa yang lama.

Oleh kerana tidak semua orang mempunyai masa untuk study tentang kereta, dan tidak semua orang tinggal hampir dengan workshop Peugeot yang boleh diagnosis masalah dengan komputer, maka atas sebab itu saya berpendapat ia bukan kereta yang direka untuk 'semua orang'. Typical continential car. On top of that, it's a french car. Haha.

Sekian.

advertlets

nuffnang