Thursday, 31 March 2011

Ridhuan Tee dot Blogspot

"Pelajar hari ini, berpelajaran, tetapi moralnya rendah. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!"

"Saya merasakan sistem sedia ada dan terpisah-pisah hanya memenuhi akal tapi kurang menitikberatkan kemampuan mengisi hati dan perasaan yang turut berkembang sama dengan kemampuan akal. Proses pengajaran tidak seiring dengan pendidikan."

Link: Akhbar mana yang betul?

"Mendiang mengingatkan Kuan Yew supaya jangan mempercayai Umno sebab politik pemimpin Melayu Umno berasaskan bangsa dan agama. Politik Melayu katanya selalu menggunakan isu perjanjian air untuk menekan dan memberikan ancaman kepada Singapura."

"Berbeza kita di sini, menyertai politik adalah tiket untuk jadi kaya raya. Dengan menyertai politik, segala tender dan projek kita bolot sehingga ahli politik hilang fokus terhadap perjuangan anak bangsa dan membina negara. Lihat sahaja, ketua-ketua kampung, ketua cawangan dan ketua bahagian, jangan dibandingkan dengan ketua pusat, boleh dikatakan rumah mereka seperti mahligai. Jarang kita lihat pemimpin-pemimpin ini hidupnya serba sederhana."

"... masih ada ulamak yang berpandangan, yang datang daripada Melayu itu semua Islamik. Jika datang dari bukan Melayu tidak Islamik."

Link: Komitmen kepada model politik baharu

"Jika dilihat kepada fungsi masjid di zaman Nabi, masjid bukan sahaja pusat mengerjakan ibadat solat semata-mata tetapi pusat segala-galanya. Pendek kata, masjid juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan."

"...Maka tidak hairanlah banyak negara Islam masih lagi mundur kerana pemikiran mereka masih tidak berubah dan suka kepada perkara remeh temeh."

"Saya cukup takut dan bimbang dengan trend hari ini di kalangan orang agama yang bergelar ustaz dan ustazah yang suka membangkitkan atau membawa isu-isu remeh temeh atau cerita-cerita bodoh untuk mendapat perhatian atau menjadi penonton ketawa.

Lebih menggelikan lagi menonton rancangan suami isteri yang dihoskan oleh pasangan ustaz dan ustazah yang begitu meloyakan dengan panggilan-panggilan ling (darling), yang (sayang), bang (abang) dan sebagainya. Ya, kita tidak nafikan panggilan manja itu baik, tetapi janganlah terlalu over atau berbau gatal. Kita tidak mahu nanti digelar sebagai ustaz atau ustazah yang over atau menggatal.

Saya kadang kala amat muak mendengar lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita sedih tidak masuk akal semata-mata untuk memikat dan menjadikan penonton menangis dan berbagai lagi aksi over yang meloyakan. Tindakan sebegini, akan menjadi otak kita tidak berkembang, jumud dan tumpul.

Golongan ini tidak banyak berfikir atau membaca, tetapi hanya mencuri idea-idea orang lain agar dapat dipandang hebat."

Link: Bahana bincang perkara remeh

"Yusuf al-Qaradawi menggariskan beberapa perkara untuk mentransformasikan pemikiran umat Islam. Antaranya, mendahulukan perkara yang pasti berbanding yang masih ragu-ragu. Kedua, mendahulukan perkara yang besar berbanding yang kecil. Ketiga, mendahulukan kepentingan umat (Islam) berbanding diri. Keempat, mendahulukan kepentingan berpanjangan berbanding kepentingan sementara. Kelima, mendahulukan kepentingan utama berbanding kepentingan yang rasmi (protokol), dan akhirnya, mendahulukan kepentingan masa depan berbanding masa kini."

"Kadangkala saya amat jelik dengan segelintir Melayu Islam yang mula naik tocang dan lupa diri apabila terasa diri pandai sedikit atau kaya sedikit atau mempunyai kuasa sedikit. Segelintir golongan ini mahu menunjuk pandai sehingga tergadai jati diri. Terlalu bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Akibatnya, jati diri, maruah dan hak umat Islam menjadi semakin hancur. "

Link: Transformasi pemikiran Melayu

advertlets

nuffnang