Di sekolah, rata-rata fahaman yang disogokkan tentang bicara berhala ialah, berhala itu patung.
Berhala itu patung, patung itu berhala. That is it. Finish. Boleh dapat A agama.
Pergi ke Batu Caves, ada patung besar warna kuning, itulah berhala.
Pergi ke Penang, ada patung Buddha sedang berbaring, itulah berhala.
Pergi ke gereja, ada figure Jesus kena salib, itulah berhala.
Jadi secara kolektif, mereka yang disogokkan dengan fahaman ini beranggapan bahawa hanya kaum lain yang beragama lain sahaja yang terjebak dengan berhala.
Sebab mereka sembah patung. Kita tak sembah patung.
Apabila kaum yang mengaku beragama tauhid ditimpa pelbagai masalah dari segi ilmiah, ekonomi dan kestabilan sosial, ada antara mereka menuding jari ke arah takdir, nasib, tipu muslihat politik, konspirasi yahudi dan apa saja yang boleh dikaitkan, tanpa terdetik sedikit pun bahawa "unsur-unsur keberhalaan" yang mempengaruhi sebahagian hidup mereka adalah antara sebab penyebab manusia hidup dalam sengsara dunia.
Unsur-unsur keberhalaan.....
Wait a second. Kita tak pernah diajar tentang unsur-unsur keberhalaan. Apatah lagi tentang makna berhala yang sebenar.
Yang kami tahu, berhala itu patung, patung itu berhala.
Maka berhala yang bersepah-sepah atas dunia sekarang ramai tak perasan, sebab tak "nampak".
Ya. Patung itu sebahagian daripada berhala. Kerja sia-sia yang menyedut tenaga dan keringat manusia yang tunduk kepada berhala dengan harapan akan mendapat kebahagiaan, sebaliknya berhala itu memalingkan manusia daripada tujuan sebenar hidup.
Tapi berhala tak semestinya patung.
Apa saja yang diberi nilai pemujaan, adalah berhala. Walaupun ia tak berbentuk.