Tuesday, 29 March 2011

Tsunami Jepun 2011 - my point of view

Gempa bumi & tsunami Jepun 2011

Dunia gempar dengan berita tsunami yang melanda Jepun sehingga mengorbankan banyak nyawa dan kerosakan. Bencana besar yang menimbul pelbagai reaksi termasuk rakyat Malaysia.

1. Ada yang kata, "inilah tanda kebesaran Tuhan".

Sebenarnya ada banyak tanda kebesaran Tuhan tak perlu tunggu gempa bumi dan tsunami. Dan kalau perhati, statement "Subhanallah, inilah tanda kebesaran Tuhan!" sudah tidak lagi berbunyi selepas kejadian tsunami Jepun. Seolah-olah kebesaran Tuhan hanya sinonim dengan bencana alam yang mengorbankan orang. Ini tak betul.

Alam semesta punya luas, petik saja mana-mana fenomena yang menjelaskan "adanya aturan" (contoh: graviti, orbit, gerhana), bukankah itu juga menunjukkan ke"akbar"an Allah Pemilik hukum?

2. Ada yang kata, "inilah balasan Tuhan kepada orang Jepun".

Ada yang kaitkan video orang Jepun buat benda tak elok contohnya bunuh dolphin ke bunuh ikan paus ke, cepat saja tangan menaip, "oh kejamnya orang Jepun, memang patut mereka mati, memang patut mereka ditimpa tsunami" etc.

Kenapa bila Kuala Lumpur selalu ditimpa banjir kilat, kita tak kata Tuhan sedang menurunkan bala kepada rakyat Malaysia? Padahal KL kan banyak poster perempuan separuh bogel di shopping malls, banyak night clubs, gay clubs, banyak jenayah, rogol, bunuh, rompak, politician tipu rakyat etc.

Oh, KL ni banjir sebab longkang sumbat, kurang saliran air, so kita kena perbaiki sistem saliran, buat terowong SMART etc., oleh itu "kita mestilah tidak membuang sampah merata-rata".

Wah, sungguh bijak kita berfikir dengan teratur bila kena pada diri sendiri.

Dulu tersebar video orang Melayu berdemo tunjuk perasaan sambil pijak kepala lembu sebab sengketa politik. Satu hari kalau bencana berlaku di sini, dan video tu terlepas ke negara lain, agak-agak wajar tak mereka kata, "oh kejamnya mereka sampai pijak kepala lembu, inilah balasan Tuhan kepada orang Malaysia."?

Dah tentu reaksi kita, mereka yang pijak kepala lembu tu bukan suara / tindakan majoriti rakyat, mereka ni segelintir "emosional people" yang memalukan.

Wah! Boleh pula kita fikir rasional.

Kadang-kadang jawapan kita selektif.

Bila banjir tengkujuh di negeri-negeri pantai timur, tak pula kita kata inilah balasan daripada Tuhan. Ataupun banjir di Johor. Atau banjir di Kedah.

Setiap hari rakyat Malaysia mati atas jalanraya sampai 6000 orang setiap tahun, tak ada pula yang kata ini balasan Tuhan. Nak kira tragik, tragik juga. Perut terburai, pecah kepala kena gilis, mati tersepit, mati tak dibantu sebab orang lain sibuk kutip duit syiling, curi beras dan sebagainya.

Saya fikir adalah masuk akal jika kita kata dengan membunuh dolphin / ikan paus akan menyebabkan gangguan ekosistem / rantai makanan dalam kalangan hidupan laut, maka balanya ialah hidupan yang perlu dikawal bilangannya secara ekosistem, bertambah dan mengancam hidupan lain.

Atau, gempa bumi berlaku bila plat-plat bumi yang sentiasa bergerak untuk mencari keseimbangan, sepertimana gunung berapi mengeluarkan lava yang tidak boleh dibendung lagi dalam perut bumi. Maka negara-negara yang berdekatan dengan lingkaran gunung berapi dan garisan plat bumi adalah yang paling terkesan bila berlaku gempa bumi tidak kiralah negara itu dihuni orang Islam (Indonesia) atau orang bukan Islam (Jepun).

Sebenarnya dari zaman saya menuntut di Jepun lagi (2002-2006) sudah diramal akan berlaku gempa bumi yang besar di sekitar kawasan Tokyo, dan mereka sudah lama fikir tentang langkah-langkah menghadapi bila berlaku kelak. Siap buat movie lagi. Sebab tu kita tengok rakyat mereka berdisiplin sesudah ditimpa bencana. Nak ambil makanan pun beratur sampai berkilometer.

Harapkan rakyat Malaysia buat benda sama? Dalam mimpi pun tak jadi. Ini sebenarnya satu bala.

Cuma nak dijadikan cerita gempa bumi & tsunami yang berlaku ni skalanya terlalu besar dan di luar kemampuan manusia untuk mengawal keadaan.

Skala alam semesta, skala bumi sangatlah besar kalau nak dibandingkan dengan skala manusia yang bersengketa tentang ego siapa paling hebat, siapa paling kuat, siapa paling kaya. Dari sudut ini saya setuju.

Planet, matahari, bintang, meteor etc. dengan kepelbagaian bentuk dan fungsi boleh secara harmoni dalam satu sistem, tapi manusia setakat beza warna kulit menindas sesama sendiri dengan pelbagai alasan.

Ya, membunuh dolphin itu sadis dan mesti dihentikan.

Dalam kita menghargai niat baik mengingatkan kepada kebesaran Allah, biarlah statement dikeluarkan itu adil dan tidak berat sebelah.

Bila kena pada orang lain, kata balasan Tuhan.
Bila kena pada diri sendiri, kata Tuhan uji kita, kenalah bersabar.

advertlets

nuffnang