Thursday, 20 January 2011

Sambungan: Dinar dan Dirham - Imran N. Hosein (3)

Bab 4
Adalah amat menghairankan tiada terdapat apa-apa tindakbalas intelektual berkesan daripada para ilmuwan Islam (ulama) bagi memperingatkan dan menggerakkan orang Islam untuk menentang sistem kewangan yang penuh dengan kepalsuan ini. Kesannya, keseluruhan dunia Islam, tanpa sedar, mengikuti jejak perikatan Yahudi- Nasrani, sebagaimana kata pepatah, masuk ke dalam lubang biawak.

Apabila perikatan Yahudi - Nasrani Eropah memerdekakan negeri-negeri di bawah jajahan mereka, mereka memastikan negara-negara bukan Eropah yang telah diberi kemerdekaan itu diserapkan ke dalam sistem kewangan yang baru itu melalui keahlian dalam Tabung Wang Antarabangsa (IMF).

Artikel-artikel Perjanjian pertubuhan tersebut (IMF) melarang penggunaan emas sebagai wang. Perkara ini dilakukan dengan menghalang apa-apa kaitan di antara emas dan mata wang kertas selain dari dolar Amerika.

Pada bulan April 2002, Ahli Kongres Amerika Ron Paul mengutus sepucuk surat kepada Jabatan Perbendaharaan Amerika dan Federal Reserve Bank (yang merupakan bank milik swasta) bertanyakan mengapa IMF menghalang ahlinya dari menggunakan matawang yang disokong oleh emas. Suratnya adalah sebagaimana berikut:-

Tuan-tuan yang dihormati,
Saya menulis berhubung dengan artikel 4, seksyen 2b dari Artikel-artikel Perjanjian IMF. Sebagaimana tuan-tuan sedia maklum, bahasa digunakan dalam artikel ini mencegah negara-negara yang merupakan ahli IMF dari mengaitkan matawang mereka dengan emas. Dengan itu IMF menghalang negara-negara yang mengalami dasar kewangan yang tidak menentu dari melaksanakan cara yang paling berkesan bagi menstabilkan matawang mereka. Dasar ini boleh melembabkan pemulihan kembali negara-negara yang mengalami krisis ekonomi dan merencat pertumbuhan ekonomi mereka dan dengan itu meneruskan ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Saya amat menghargai segala penjelasan yang dapat diberi oleh kedua-dua Perbendaharaan dan Federal Reserve sebab-sebab mengapa Amerika Syarikat masih berterusan menerima tanpa bantahan dasar yang menyeleweng ini. Sila hubungi Encik Norman Singleton, Pengarah Perundangan saya, sekiranya memerlukan maklumat lanjut berhubung permohonan ini. Terima kasih atas kerjasama yang diberi berkaitan perkara ini.

Ron Paul
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

Adalah menarik, tiada jawapan yang diterima setakat ini, sama ada dari Federal Reserve ataupun Jabatan Perbendaharaan Amerika berhubung dengan persoalan yang dikemukakan itu.

IMF telah digunakan bagi mewujudkan satu sistem kewangan antarabangsa dengan istilahnya yang ganjil-ganjil dan oleh kerananya umat Islam mendapati yang mereka berhadapan dengan istilah-istilah yang belum pernah mereka alami sebelum ini.

To be continued..

advertlets

nuffnang