Wednesday, 15 August 2012

Apa erti menyambut aidil fitri

Dalam Islam ada dua perayaan utama, iaitu aidil fitri dan aidil adha. Sesetengah negara menggunakan ejaan eid ul fitr dan eid ul adha.

Beberapa hari lagi kita akan merayakan salah satu perayaan umat Islam iaitu aidil fitri.

Sambutan aidilfitri adalah simbolik menandakan berakhirnya tempoh ibadah berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Aidilfitri ialah hari kemenangan di mana manusia 'secara simbolik'nya telah kembali kepada fitrah (samada benar sekadar simbolik atau real, tergantung pada kadar usaha) setelah 'menahan diri' secara ritual daripada makan minum, dan secara actual iaitu daripada perkara-perkara yang sia-sia, di samping menambah aktiviti ibadah contohnya secara ritual membaca alquran untuk pahala huruf, dan secara actual 'memahami isi kandungan' supaya AlQuran benar-benar berfungsi sebagai petunjuk dalam hidup.

Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah kemudian ibu bapanya yang menjadikan dia yahudi atau nasrani. Put aside sekejap apa sebenarnya dimaksudkan dengan yahudi dan nasrani, yang penting apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'keadaan fitrah', supaya kita jelas apa expected outcome / result daripada ibadah puasa selama sebulan. Kalau tidak, imaginasi kita sahaja yang beranggapan kita 'telah berpuasa sepertimana yang disyariatkan'. Assumption.

Selain puasa sebulan ramadan, kita juga disunatkan puasa 6 hari dalam bulan syawal. Mereka yang berpuasa sebulan ramadan dan 6 hari syawal, seolah-olah berpuasa selama setahun (360 hari). Dalam erti kata lain, kalau puasa kita benar, karakter kita sepanjang tahun sehingga datang ramadan akan datang adalah karakter 'orang yang menahan diri'.

Karakter orang yang menahan diri ialah orang yang menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan memperbanyakkan ibadah pembaikan diri termasuk membaca AlQuran sebagai petunjuk (bukan sekadar pahala huruf).

Ritualnya (menahan diri daripada makan dan minum) cuma sebulan + 6 hari, tapi actualnya ( = penghayatan sebenarnya) sepanjang tahun.

Semoga kita antara orang yang meraikan erti sebenar hari kemenangan kembali kepada fitrah.

InsyaAllah.



*** Dalam bulan ramadan kita dianjurkan supaya perbanyakkan tadarus alquran. Maksud sebenar perkataan tadarus ialah 'mempelajari'. Mempelajari sudah tentu bermakna pembaca faham apa yang dibaca. Pun begitu membaca untuk pahala huruf kelihatan tak salah, cuma tak berapa mencapai matlamat sebenar 'tadarus'.



advertlets

nuffnang