Bab 3
Rasulullah juga memaklumkan bahawa salah satu senjata perkasa "Dajjal" untuk mencapai matlamatnya menguasai dunia adalah dengan mengurangkan tahap kesedaran kerohanian umat manusia sehingga mereka gagal melihat strategi-strategi jahatnya dan akan tertipu olehnya.
Rasulullah juga menerangkan strategi utama digunakan Dajjal untuk memaksa penguasaannya ke atas seluruh umat manusia adalah dengan menggunakan riba sebagai senjata. Dengan riba dia akan memperhambakan mereka yang menentangnya dengan kemiskinan dan memperkasa mereka yang menerima dan menyokongnya dengan kekayaan. Golongan elit manusia yang kaya raya yang diwujudkan itu akan dijadikan alat oleh Dajjal untuk memeras dan memperhambakan golongan miskin yang ramai dan menguasai mereka.
Bab 4
Kita kini berada tepat pada zaman di mana perikatan Yahudi-Nasrani telah muncul buat pertama kalinya dalam sejarah. Ianya adalah pakatan yang telah membentuk tamadun barat moden dan kini menguasai dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan yang sepertinya. Ia telah mencipta sistem kewangan dan ekonomi di mana melaluinya telah berjaya, tanpa keadilan, memperkayakan diri mereka atas kesengsaraan golongan selainnya di dunia ini. Perikatan Yahudi-Nasrani ini lah juga yang telah menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Golongan kaya kini berkuasa ke atas golongan miskin yang ramai, dan negara-negara kaya pula menguasai negara-negara selain darinya. Tambahan pula, golongan elit kaya serata dunia yang kini memerintah merupakan satu jema'ah, dan dengan itu pentas telah pun tersedia untuk muncul seorang Amir dari kalangan mereka yang akan memerintah dunia dari Jerusalem dan Amir tersebut adalah Dajjal Al-masih.
Pada bulan April 1933, kerajaan Amerika memperundangkan larangan menyimpan syiling emas, ketulan emas atau sijil emas yang dimiliki oleh orang ramai. Syiling emas dibatalkan sebagai wang dan tidak diizinkan penggunaannya sebagai wang yang sah. Sekiranya ada yang tertangkap dan didapati masih menyimpan emas tersebut selepas satu tarikh yang ditetapkan, seseorang boleh didenda US$10,000 dan/atau dipenjara selama 6 bulan. Sebagai ganti kepada syiling dan ketulan emas, Federal Reserve Bank, sebuah bank swasta, menawarkan wang kertas (iaitu dolar US) dengan memperuntukkan kepadanya nilai sebanyak $20 bagi setiap ounce emas.
Kebanyakan rakyat Amerika berkejar untuk menukar emas milik mereka dengan wang kertas yang ditawarkan itu, akan tetapi meraka yang sedar tentang penipuan yang akan berlaku membeli emas dengan wang kertas milik mereka dan memindahkannya ke bank di Switzerland.
Setelah kesemua syiling dan ketulan emas di Amerika selesai ditukarkan dengan wang kertas, kerajaan Amerika seterusnya pada bulan Januari 1934 secara sesuka hati menurunkan nilai wang kertas dolar Amerika sebanyak 41% dan selepas itu membatalkan larangan undang-undang berhubung emas yang diperundangkan sebelum ini.
Rakyat Amerika sekali lagi berkejar untuk menukar wang kertas mereka dengan emas pada nilai tukaran baru sebanyak $35 se ounce emas. Dalam proses tersebut mereka secara tidak langsung telah dirompak sebanyak 41% dari kekayaan milik mereka. Para pembaca kini tentu dengan mudah dapat melihat pencurian secara halal yang berlaku apabila wang kertas diturunkan nilainya.
To be continued...