Tuesday, 31 August 2010

Stay Hungry. Stay Foolish

Sunday, 22 August 2010

Doa ikhlas untuk Lim Guan Eng

Semalam saya sempat jalan-jalan di KL cari barang dan survey harga laptop. Pertama kali naik ERL dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral kemudian monorel hingga Imbi. Memandangkan bulan puasa, sebelum berangkat balik duduk sekejap memerhati kepelbagaian di KL.

Dalam perjalanan pulang, saya ternampak deretan suratkhabar dengan berita muka depan tentang isu doa untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng semasa khutbah Jumaat. Maka banyaklah pihak dari parti politik yang kerjanya condemn sana condemn sini. Setelah kita disaji dengan berita-berita buang baby new year selama beberapa hari ni, keluarlah balik nama UMNO, BN, PAS dan DAP untuk tatapan rakyat.

Saya bukan nak komen tentang hukum.
Yang saya nak komen di sini ialah, cara kita handle isu sesama "adik beradik" seperti ni. "Adik beradik" maksud saya kat sini saudara seagama. Kita ni walaupun lahir berlainan bapa dan ibu tapi dalam agama, kita semua bersaudara, kita semua ibarat adik beradik. Adik beradik sepatutnya tolong-menolong, hormat menghormati, nasihat menasihati, selalu berbincang, selalu share idea, sama-sama jaga nama "keluarga". Sama-sama pergi ke masjid yang sama, sama-sama selesaikan masalah.

Bila sebut adik beradik ni biasalah ada perbezaan pendapat. Walaupun sama-sama duduk di bawah satu bumbung, belum tentu sesama adik beradik selalu sependapat dalam satu-satu perkara. Minat dan personaliti pun berbeza-beza. Tapi perlukah sesama adik beradik bergaduh, tuduh menuduh, keluar parang, jatuh menjatuhkan? Semestinya tidak. Ini bukan attitude sesama adik beradik.

Tapi dalam politik negara, seolah ada law yang mengatasi (overrule) "prinsip saudara seagama".

Saya cadangkan mana-mana kumpulan pun, tak perlulah condemn sebarang usaha murni atau idea bernas daripada kumpulan lain bila ia memberi manfaat kepada syiar dan umat Islam. Kita semua sepatutnya berusaha untuk menghidupkan prinsip-prinsip dalam AlQuran dalam kapasiti dan kebolehan masing-masing. Jabatan agama kena tegakkan agama, firma IT kena tegakkan agama, company GLC ke MNC ke pun kena tegakkan agama, parti pemerintah, parti pembangkang, individu, pendek kata semua orang terlibat.

Boleh jadi kita sedikit sebanyak berbeza cara pelaksanaan tetapi masih dalam konteks yang sama - nak menangkan agama. Tidaklah sampai bergaduh bagai nak rak, apatah lagi tuduh menuduh sesat dan kafir.

Kita sebagai "adik beradik", malulah kecoh-kecoh dalam suratkhabar diperhati "orang lain" / "orang luar family".

Saturday, 21 August 2010

We want a better Malaysia - PM Najib

Najib said that besides introducing the 1Malaysia, People First Performance Now concepts and the Government Transformation Programme, the Government had also strived to promote efficiency, innovation, discipline and good work ethics.

In order to progress, he said things should change instead of “remaining at status quo”.

“Even when we are good, we need to change because if we don’t, we will regress or slide down,” he added.

The PM said the Government aimed to engage students by promoting interaction, getting them to participate in activities and to empower them with a sense of responsibility.

Link: Star Online

Friday, 20 August 2010

心は体のどこにある?

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Link: 心って何?

http://hiramotoiin.holy.jp/j-what/j-what.htm

Monday, 16 August 2010

Apabila AlQuran dibaca sekadar pahala tulisan, bukan difahami

Pelik sekiranya kita mempunyai sebuah buku yang telah kita baca bertahun-tahun lamanya, kita jaga buku itu daripada rosak dan dicemari, namun kita tidak pernah tahu apakah isi kandungan buku tersebut. Apakah yang mahu disampaikan oleh penulis buku itu kepada para pembacanya.

Begitulah al-Quran yang telah lama kita baca, kita jaganya, kita hormatinya. Namun, berapa ramai dari kita memahami al-Quran terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi tanah air kita ini? Hakikatnya kita masih jauh daripada seruan al-Quran untuk difahami, dikaji dan difikirkan. Sebagaimana hadis Riwayat Baihaqi yang bermaksud:

"Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong / roboh daripada petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Daripada mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."
(HR Baihaqi).

Link: Utusan Malaysia

Sunday, 15 August 2010

Berjiwa Besarlah!

Berjiwa besarlah..
Kerana berjiwa besar bisa menggoncang dunia
Dan berjiwa besar jua syarat bahagia ukhrawi

Berjiwa besarlah wahai pemuda
Kerana inilah sumber izzahmu
Muhammad al-Fatih punya jiwa besar
Salahuddin al-Ayyubi juga berjiwa besar
Berjiwa besarlah menjadi paksi perjuangan
Menuntun diri punyai sifat syaja'ah
Tidak gentar menegakkan yang haq
Pemberani siaga merobek kebatilan
Kerana baginya..
Jihad dan taqwa perlu seiring sejalan
Sehingga dirinya syahid atau Islam terus dijulang!

Berjiwa besarlah wahai pemudi
Kerana inilah rahsia kemuliaanmu
Masyitah wanita yang punya jiwa besar
Sumayyah as-Syahidah pastinya berjiwa besar
Berjiwa besarlah menjadi paksi pengorbanan
Asbab hidayah mencari redha Ilahi
Biarlah jasad terkorban dan jiwa menderita
Asalkan syariat Allah dapat dipertahankan
Kerana baginya..
Di dalam setiap jiwa ada sesuatu yang akan pergi
Lalu mengapa harus menangisi sesuatu yang mesti pergi?

Berjiwa besarlah wahai pemuda-pemudi
Agar dirimu tidak mati di masa muda
Dan cuma dikuburkan di masa tua!

MUHTAR SUHAILI
Surau An-Nadwah, Taman EhsanIbu
16 Jun 2005, 1.57pm.

Sunday, 8 August 2010

10 tahun sebelum Malaya merdeka

Sempena hari kebangsaan tidak lama lagi, saya terjumpa blog mengenai kemerdekaan Malaysia dari satu sudut pandang lain.

http://10tahun.blogspot.com/







Tuesday, 3 August 2010

Beza maksud kaum dan bangsa

Dalam media arus perdana kita selalu baca atau dengar isu-isu berkaitan nasib kaum Melayu dan masa depan bangsa Melayu. Terutamanya kenyataan yang keluar dari ahli politik untuk meraih undi.

Apa perbezaan di antara kaum dan bangsa?

Sebenarnya penggunaan dua perkataan ini sudah bercampur aduk dan tersasar daripada definisi asal. Kalau dalam fizik, "laju" dan "halaju" adalah dua terma yang mempunyai definisi berbeza walaupun kedua-duanya berkaitan objek yang bergerak.


Bangsa

Bangsa, merujuk kepada "kumpulan manusia yang sama asal-usulnya atau sifat-sifatnya". Contoh: bangsa Arab di seluruh tanah Arab, bangsa Melayu di seluruh tanah Melayu meliputi Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina.

Atau, bangsa boleh juga bermaksud "kumpulan manusia yang menjadi rakyat sebuah negara", contoh: bangsa Indonesia, bangsa Malaysia, bangsa Amerika.

Bayangkan: sekeping tanah berbentuk segiempat, dalamnya ada titik-titik (orang). Bangsa = manusia yang menghuni suatu kawasan.


Kaum

Kaum merujuk kepada "salah satu golongan manusia yang menjadi sebahagian kepada suatu bangsa", atau dalam perkataan lain: "salah satu komponen yang membentuk satu bangsa", atau kadangkala "kaum" dikenali juga sebagai "suku bangsa".

Kaum = suku kepada suatu bangsa.

Contoh: kaum India dalam bangsa Malaysia, kaum Cina dalam bangsa Malaysia, kaum Melayu dalam bangsa Malaysia, kaum Jawa dalam bangsa Indonesia, kaum negro dalam bangsa Amerika.

Bayangkan: satu couple bermata sepet, kemudian bila beranak, anaknya pun mata sepet. Atau satu family kulit coklat, anak-anaknya kulit coklat. Itulah kaum. Manusia yang berketurunan / genetik dan mewarisi adat tradisi.



Kabur tentang kaum dan bangsa

Apabila ada ahli politik yang bercakap contohnya tentang isu hak istimewa Melayu, ia sebenarnya merujuk kepada salah satu "kaum" dalam negara Malaysia, bukannya bangsa.

Dalam satu kawasan bersempadan atau dipanggil negara yang bernama Malaysia, rakyat yang menduduki tanahnya dipanggil "bangsa Malaysia". Bangsa Malaysia terdiri daripada antaranya kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum.

Bahasa rasmi yang ditetapkan untuk bangsa Malaysia dan termaktub dalam perlembagaan negara ialah bahasa Melayu. Oleh itu semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, sebagai bangsa Malaysia seharusnya boleh berbahasa Melayu dengan baik sebagai identiti kebangsaan mereka.

Cuba lihat bagaimana Indonesia didik bangsa mereka menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Indonesia. Tak kira samada kaum Melayu, kaum Cina dan sebagainya, mesti boleh berbahasa Indonesia dengan fasih.

Hakikatnya, Indonesia lebih faham definisi bangsa Indonesia dan penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Indonesia sebagai identiti bangsa.

Di Malaysia, ada yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu walaupun negara sudah 50 tahun merdeka. Negara yang kabur dan tidak jelas tentang identiti bangsa, sukar untuk mencapai status maju, kerana 'tidak sebulat suara'.


Perjuangan bangsa atau kaum?

Kalau betullah ada pihak yang mahu memperjuangkan masa depan bangsa Melayu, maka perjuangan itu mesti meliputi semua orang Melayu yang berada di Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan tempat-tempat lain. Barulah ia dikira sebagai "perjuangan bangsa Melayu".

Tapi perjuangan bangsa tak ada kaitan dengan hak istimewa atau artikel 153. Perjuangan hak istimewa dalam artikel 153 adalah perjuangan "kaum Melayu di negara Malaysia".

"Perjuangan bangsa Melayu" seharusnya bermula dengan pendidikan, bukan hak istimewa.

Sekian, penjelasan serba ringkas tentang perbezaan kaum dan bangsa, sama-sama kita ambil pelajaran semoga tindakan kita tak dipengaruhi oleh sentimen dan prasangka semata.


P/S: ("kaum" yang disebut dalam AlQuran bukan merujuk kepada keturunan, ia boleh merujuk kepada kelompok manusia berdasarkan jenis / tahap pemikiran.)

advertlets

nuffnang