Wednesday, 1 August 2012

Puasa ramadan bukan semata berlapar

Berpuasa secara zahir kelihatan seperti ibadah 'tak makan dan tak minum'. Bila kita cerita dengan orang 'apa itu puasa' pun, kita highlight pada 'tak makan dan tak minum'. Padahal tak makan dan tak minum adalah pre-condition kepada berpuasa, bukan keseluruhan matlamat berpuasa.

Apabila kita terlalu fokus kepada perkara tak makan dan tak minum, maka hasil daripada aktiviti puasa ini ialah perut yang lapar dan turun berat badan. Bila tiba waktu berbuka puasa, ada yang makan berbuka seperti 10 hari kebulur tak makan.

Matlamat puasa sebenarnya supaya kita kembali kepada keadaan fitrah.

Ini matlamat sebenar puasa. Ini sebab utama kita memasukkan diri kita ke dalam pre-condition 'menahan diri daripada makan dan minum'. 

Ibarat macam kita nak pergi ambil exam. Persediaan minimum ialah alat tulis, pre-condition ialah mesti datang ke dewan peperiksaan pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah dan name tag. Kalau datang pakai baju casual tak dibenarkan ambil exam walaupun dah hafal semua sifir 2 sampai sifir 11. Tujuan masuk ke dalam bilik exam ialah untuk jawab soalan kemudian lulus, bukannya semata nak tayang uniform sekolah baru beli di Tesco. 

Katakan otak kita berfungsi seperti CPU komputer. Dalam hari-hari biasa, otak kena allocate peratusan yang agak besar 'kapasiti CPU' untuk proses cerna makanan. Sebab tu kadang-kadang kita jadi sluggish bila lepas makan dan jadi malas berfikir yang berat-berat. Tapi bila kita tahan diri daripada makan dan minum, kita ada lebih kapasiti CPU otak untuk fokus kepada proses 'mengembalikan diri kepada fitrah'. 

Sebab tu baca Quran dalam waktu puasa sangat signifikan dan sangat dianjurkan. Waktu puasa ni lah otak mudah cerna (digest) apa yang dibaca dalam Quran, yang mana pada bulan-bulan biasa kita jadi malas nak fikir yang susah-susah, dan ambil shortcut 'berserah saja pada manusia lain'.

Jelas baca Quran yang dianjurkan ni ialah baca dalam konteks baca yang sebenar, iaitu baca dan tahu maksud apa yang dibaca. Sama ada kita faham maksud dalam bahasa arab atau kita usaha untuk cari terjemahan dalam bahasa yang kita faham. Kalau perlu pemahaman dari sudut sejarah, maka perlu rujuk kepada pakar yang menghabiskan masa dan umur mereka mendalaminya.

Kalau dulu kita pun blur nak tanya ustaz soalan apa, balik-balik soalan stereotaip balik-balik bab fekah, bila kita buka Quran maka kita akan jumpa banyak persoalan yang selama ni kita ingat apa yang berlegar-legar dalam masyarakat itulah agama, padahal dalam Quran kata lain.

advertlets

nuffnang