Tuesday, 31 May 2011

Torah, Bible and Quran

‎"All the scriptures - Torah, Bible and Quran - has been preaching of one God. He is the only Creator of all creations. And He is the one that worthy of being worshipped and thanked by all His creations.

Link: Youtube

Thursday, 26 May 2011

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya).

Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang.

Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

( Link penuh klik di sini. )

Tuesday, 24 May 2011

How should children be raised?



Cara mendidik anak - Harun Yahya

1. Penting untuk bercakap dengan anak secara individu dan respect dia sebagai seorang individu.
2. bawa anak ke tempat suasana / persekitaran yg dia suka dan rasa tidak tertekan.
3. terangkan kepada anak tentang kejadian ciptaan Tuhan, tentang bagaimana kejahatan boleh berlaku, tentang orang jahat, secara rasional dan teliti.
4. Didik anak tentang bahaya yang mesti dielak, boleh gunakan imej atau artikel suratkhabar. Anak mempunyai memori imej yg baik.
5. Respect dia sebagai orang yang mempunyai personaliti, bukan semata-mata seperti "budak-budak".
6. Kalau layan seperti budak-budak, dikhuatiri lama-lama dia tak suka dan memberontak, lari ke persekitaran lain.
7. Beri pujian / hadiah kalau mereka bertindak secara rasional dan matang. Ini akan motivate mereka untuk selalu bertindak secara rational (bukan ikut nafsu).
8. 80-90% anak tidak dididik dengan kaedah yang membentuk tingkahlaku / character, dilayan seperti budak-budak.
9. Anak mesti dilatih dengan teliti, dan beri contoh untuk mereka perhati.
10. Didik mereka tentang bahaya elektrik, air, tentang ciri orang jahat, orang baik, orang yang sayang Allah.
11. Mendidik anak mesti teliti, seperti pendidikan universiti.
12. Marah anak ada kesan berlawanan daripada yg diharap.

cocukbahcesinesesi.com

Monday, 16 May 2011

Sunday, 15 May 2011

Pentingnya Pendidikan Kewangan / Financial Education

Saya baru selesai habis baca buku bertajuk "Unfair Advantage" oleh Robert Kiyosaki tebal 277 muka. Sebelum ni pun pernah baca buku Kiyosaki bertajuk "Increase your Financial IQ". Intipati sama cuma beza cara pengolahan.

Antara isi kandungan, pentingnya financial education dan hakikatnya ia tidak diajar di sekolah atas pelbagai sebab dan alasan. Pada tahun 1971, Presiden Nixon mencabut tambatan nilai emas daripada dolar, menghalalkan tindakan Federal Reserve mencetak duit kertas dolar sewenang-wenang tanpa kawalan.

Bagi orang biasa yang tidak ada financial education, mereka fikir harga barang semakin mahal sebab apa yang dipanggil inflasi - permintaan tinggi. Sebenarnya inflasi bermaksud nilai duit kertas semakin merosot, kerana dicetak sewenang-wenang tanpa kawalan.

Disebabkan nilai duit kertas merosot, cara fikir lama "Belajar pandai-pandai, apply kerja, belanja bawah kemampuan, saving banyak-banyak" sudah tidak boleh lagi dipakai.

Dalam konteks tempatan, kita boleh tengok sendiri, mereka yang belajar pandai-pandai di IPT terpaksa apply loan (PTPTN) untuk belajar, lepas habis belajar belum tentu dapat kerja tapi hutang sudah confirm. Bayar balik loan PTPTN dengan interest yang menyeksakan. Lambakan lepasan IPT yang tidak dapat pekerjaan kemudian disenarai hitam atau dikenakan penalti interest kerana lambat selesaikan hutang. Kalaupun ada yang dapat kerja, cara hidup mereka menyedihkan sebab kos sara hidup semakin meningkat.

Termasuklah juga yang sudah lama bekerja dan sudah berkeluarga dan beranak pinak. Setiap kali diumum barang naik harga, mereka naik berang dan mengamuk. Jenayah semakin meningkat sebab orang semakin desperate. Menteri-menteri mula buat kenyataan tak masuk akal bahawa keadaan terkawal. Setengah negeri, pengundi menolak kerajaan BN dan memangkah parti alternatif kerana inginkan perubahan.

Kalaupun ada yang berjaya menyimpan duit dalam bank untuk masa depan, sebenarnya usaha itu tak cukup. Nilai duit kertas semakin hari semakin merosot. Saya tak tahu harga seekor lembu dulu berapa tapi yang pasti lebih mampu. Sekarang lebih kurang RM2000. Pada masa akan datang, RM5000 pun belum tentu dapat beli ekor lembu.

Kiyosaki dalam bukunya mengajak supaya mengubah cara fikir untuk menghadapi masalah kewangan yang semakin hari semakin bencana.

Persoalannya, adakah kita sanggup keluar daripada zon selesa (comfort zone) dan berubah.

Saturday, 14 May 2011

Comparison: Proton Savvy vs Perodua Myvi

Proton satu jenama kereta tempatan yang sudah 20 tahun lebih berkecimpung dalam industri permotoran. Daripada syarikat kereta yang cuma re-badge model Mitsubishi, sekarang sudah mampu menghasilkan design kereta dan enjin sendiri.

Sejak akhir ni, Proton selalu highlight "ride & handling tuned by Lotus" sebagai catch phrase mereka.

Perodua satu lagi jenama kereta tempatan, basically pun re-badge model Daihatsu dan Toyota. Orang kata antara sebab sebahagian orang pilih brand Perodua berbanding Proton sebab kualiti model Proton yang dulu-dulu teruk. Semua benda nak tercabut.

Ada pembeli lebih yakin dengan reliability kereta Perodua hasil suntikan teknologi Jepun. Ada yang pilih kereta Perodua, macam rakyat pangkah parti alternatif dan menolak BN - kalau nak ibarat suasana politik - mendakwa sebab kecewa rasa tertipu model Proton yang dieksport lebih baik kualiti berbanding model yang dijual kepada rakyat. Harganya pula tidaklah murah mana walaupun keluaran tempatan, lainlah kalau gaji RM10 ribu.

Untuk berlaku adil, kalau tengok model-model terbaru Proton (Persona, Saga BLM, Savvy, Exora) kualiti jauh lebih baik daripada model-model sebelumnya. Proton sudah belajar daripada kesilapan - sikit atau banyak - cabaran sekarang ialah mengembalikan keyakinan rakyat.

Proton Savvy vs Perodua Myvi

Exterior
Savvy: Design depan nampak kemas, design bonnet unik macam topi. Design belakang Ok-ok saja, tidaklah buruk dan tidaklah menarik untuk dibuat 'profile picture'. Secara peribadi, design exterior lepas facelift lebih sedap dipandang setelah dibuang ekor kura-kura di bahagian belakang. Difahamkan ekor kura-kura itu mengambil konsep bentuk wau (huh?). Ekzos diletak di bahagian tengah seolah memberi hint kereta ini bercita-cita ingin menjadi sport car tetapi end up menjadi supermini.

Myvi: Design yang lebih mudah diterima global. Global design. Sangat seiras dengan Toyota Passo & Daihatsu Sirion. Design yang maximize ruang dalaman dan minimize ruang enjin. Kemas, tak ada design tambahan lekuk-lekuk, lengkung-lengkung, menampilkan identiti simple kereta ini sesuai digunakan untuk pergi ke pejabat, pergi shopping dan dipandu di bawah had laju dibenarkan (sepatutnya).

Interior
Savvy: Tekstur plastik untuk dashboard nampak keras dan menyakitkan kalau terhantuk kepala. Walaupun steering tak boleh diselaras tapi kedudukannya sebenarnya agak ideal. Seat depan selesa dan supportive, boleh diselaras ketinggian untuk sebelah pemandu. Design console tengah tersusun kemas dan mudah dikendali, cukup besar tanpa mengganggu fokus ketika memandu. Di bahagian bawah steering ada compartment untuk letak smart tag, sesuai dengan keadaan lebuhraya kita yang kerjanya mengutip tol. Ciri ini tidak terdapat pada kereta asing walaupun bertaraf mewah.

Yang menarik, side mirror diselaras secara manual pada zaman kereta-kereta sekarang pakai elektronik untuk selaras side mirror. Mungkin untuk kurangkan kos, atau untuk kurangkan aduan kerosakan dari pengguna di kemudian hari.

Myvi: Plastik dashboard nampak bermutu dan kualiti. Tekstur pada dashboard menampakkan seolah ia lembut seperti getah. Bila pegang baru tahu, plastik rupanya. Design console tengah ringkas, kemas dan mudah dikendali, tak ada butang-butang kecil yang mengerutkan dahi pemandu sebab mencari. Seatnya biasa-biasa sahaja, sangat rata kalau dibanding dengan Savvy yang lebih supportive. Ruang dalaman luas baik untuk pemandu atau penumpang belakang. Ini antara selling point kepada bakal pembeli yang berkira-kira tentang keluasan ruang dalaman.

Engine
Savvy: Pick up / acceleration dari behenti ke bergerak agak perlahan ada kaitan dengan teknologi drive by wire yang digunapakai. Bila floor pedal pun tak rasa speed. Tapi bila sudah bergerak, tidak banyak komplen speedometer terus bergerak tanpa masalah sehingga 170km/h. Bunyi enjin bising masuk ke dalam kabin ada orang suka ada orang mungkin tak, jadi radio kena tinggikan volume. Ramai owner yang memberi thumbs up sebab jimat minyak. Syabas kepada.... enjin.... Renault.

Myvi: Acceleration baik, sentuh saja kaki pada pedal kereta sudah memecut. Mungkin ini sebabnya pemandu-pemandu kereta Myvi suka memandu laju di lorong kanan lebuhraya mengalahkan kereta BMW dan Merc. Fuel efficiency bagus, bergantung kepada kelajuan dan cara pemanduan.

Suspension
Savvy: Mantap. Firm, stabil ketika mengambil selekoh. Sesuai dengan catch phrase yang diwarwarkan, "handling tuned by Lotus". Syabas kepada... Lotus, anak syarikat Proton yang menurunkan ilmu kepakaran dalam bab handling. Banyak review yang puji handling Proton Savvy antara yang menarik dalam kelas supermini (Google: Proton Savvy handling).

Myvi: Walaupun sudah score agak baik dari segi exterior, interior dan enjin, tapi dari segi pengalaman ketika memandu sangat biasa seperti kereta-kereta lain dalam kelas sama yang terdapat di pasaran. Kereta rasa senget bila mengambil selekoh dengan semangat. Banyak kemalangan jalanraya melibatkan kereta Myvi, berpunca daripada pemandunya tidak dapat menahan kencing dan ingin cepat sampai ke rumah, berkesudahan kereta terbalik upside down, mungkin ada kaitan dengan suspension yang lembut. Sekurang-kurangnya Myvi jujur sebab fokus utama untuk kegunaan ulang alik ke pejabat dan shopping complex, bukan untuk tackle corners.

Kesimpulan
Savvy: Supermini yang jimat minyak, agak seronok dipandu. Sesuai untuk "budget enthusiast driver" yang tidak dilahirkan dari keluarga Datuk dan Tan Sri, atau keturunan raja.
Myvi: Supermini yang selesa sebab luas di dalam, mudah dipandu dan diparking. Sesuai untuk mereka yang ada pengalaman buruk dengan Proton. Atau mereka yang concern tentang 2nd hand value.

Wednesday, 11 May 2011

Kenapa berhala tak semestinya patung

Di sekolah, rata-rata fahaman yang disogokkan tentang bicara berhala ialah, berhala itu patung.

Berhala itu patung, patung itu berhala. That is it. Finish. Boleh dapat A agama.

Pergi ke Batu Caves, ada patung besar warna kuning, itulah berhala.
Pergi ke Penang, ada patung Buddha sedang berbaring, itulah berhala.
Pergi ke gereja, ada figure Jesus kena salib, itulah berhala.

Jadi secara kolektif, mereka yang disogokkan dengan fahaman ini beranggapan bahawa hanya kaum lain yang beragama lain sahaja yang terjebak dengan berhala.

Sebab mereka sembah patung. Kita tak sembah patung.

Apabila kaum yang mengaku beragama tauhid ditimpa pelbagai masalah dari segi ilmiah, ekonomi dan kestabilan sosial, ada antara mereka menuding jari ke arah takdir, nasib, tipu muslihat politik, konspirasi yahudi dan apa saja yang boleh dikaitkan, tanpa terdetik sedikit pun bahawa "unsur-unsur keberhalaan" yang mempengaruhi sebahagian hidup mereka adalah antara sebab penyebab manusia hidup dalam sengsara dunia.

Unsur-unsur keberhalaan.....

Wait a second. Kita tak pernah diajar tentang unsur-unsur keberhalaan. Apatah lagi tentang makna berhala yang sebenar.

Yang kami tahu, berhala itu patung, patung itu berhala.

Maka berhala yang bersepah-sepah atas dunia sekarang ramai tak perasan, sebab tak "nampak".

Ya. Patung itu sebahagian daripada berhala. Kerja sia-sia yang menyedut tenaga dan keringat manusia yang tunduk kepada berhala dengan harapan akan mendapat kebahagiaan, sebaliknya berhala itu memalingkan manusia daripada tujuan sebenar hidup.

Tapi berhala tak semestinya patung.

Apa saja yang diberi nilai pemujaan, adalah berhala. Walaupun ia tak berbentuk.

advertlets

nuffnang