Friday, 4 August 2017

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009 (4th year)

Pejam celik sudah tahun keempat menjadi 2nd owner Peugeot 308 VTi model tahun 2009. Beli terpakai separuh daripada harga brand new, agak baloi agak bargain ('agak' je la) sebab setakat ni tak pernah ragam yang sampai tersadai tepi jalan, semuanya yang boleh baiki atau pejam mata.

1) Headlamp x2 RM70 (suka betul blow lampu, tak faham..)
2) Tayar belakang x2 RM600 (tayar depan sudah haus kering merekah bocor tampal beberapa kali, sudah masa untuk tukar)

Bulan September, satu hari keluar rumah nak pergi kerja, tiba-tiba enjin jadi tak smooth dan mati semasa keluar dari kawasan letak kereta apartmen tempat tinggal. Hah, sudah, tak pernah-pernah macam ni. Cucuk OBD untuk baca error, P0011.. kalau bukan sebab masalah wiring etc., kemungkinan solenoid sudah rosak.

Disebabkan tak yakin boleh pandu sampai ke bengkel - takut sangkut tengah jalan sesak - panggil tow truck. Satu hari untuk hantar bengkel, satu hari untuk kutip semula kereta jadi total dua hari di bengkel. Parts yang ditukar ialah:-

3) Solenoid - RM450
4) Ignition coil sebatang sahaja - RM300

Alang-alang tukar sekali ABS sensor sebelah kanan belakang.

5) ABS sensor - RM300

Harap-harap ini sahajalah damage untuk tahun ini.. tinggal lagi 3 bulan sebelum 2018 (lol).

Lain-lain so far so good, penggunaan kereta mencapai matlamat, mencapai destinasi, selesa dan tenang di dalam tak dengar bunyi tayar ke bunyi angin walaupun memandu laju di lebuhraya.

Kedudukan seat hadapan - driver dan passenger depan - agak rapat ke tengah sampaikan betis kiri rapat dengan centre console. Bila dah rapat ke tengah, katakan buka tingkap nak bayar tol pakai smart tag, agaklah jauh nak capai.

Dari segi ukuran, lebar sepertimana kereta-kereta segmen C yang lain, tetapi panjangnya lebih kurang sama saja dengan Proton Saga. Jadi, kereta tak terjulur keluar, muat dalam lot parking.

Handling keseluruhan memang tak boleh lawan pendahulu segmen, tetapi disebabkan menggunapakai hydraulic power steering dan suspensi 'neither here nor there' - comfy pun tak, sporty pun tak - agak sesuai untuk pemanduan 'perasan sukan' di bandar / di bawah had laju.

"Pasang aircond, pasang daytime running light (model 2009 pakai mentol bukan LED), enjoy the ride."

Monday, 13 February 2017

Tips Melancong ke Sapporo & Otaru - daripada perspektif pengeluar modal

Awal bulan 2 tahun ni (2017) saya berpeluang bawa keluarga bercuti di Sapporo dan ke Otaru sempena Snow Festival dan Light Path Festival.

Antara 10 perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:-

(1)
Beli tiket flight: Budget +/- RM1k seorang.
Flight Airasia direct dari KLIA2 ke New Chitose Airport. (Kemudian dari Chitose Airport ni akan naik train menuju ke Sapporo / tempat tinggal)

(2)
Book tempat tinggal: Budget RM1k++
Ikutlah citarasa, budget dan bilangan orang. Book hotel pun boleh. Book sekali dengan Airasia pun OK. Dalam kes kami, nak muat 5 orang dewasa dalam satu tempat (!) mesti ada dapur (!) dan bilik air tak kongsi dengan orang lain (!), jadi antara pilihan yang ideal ialah Airbnb. Dapat satu sangat berdekatan dengan station train Naebo (satu stesen sebelum Sapporo station). Link: https://www.airbnb.com/

(3)
Beli pakaian winter: Budget RM300++
Saya cadangkan memadai beli satu set sahaja snow cap, muffler, winter coat, sarung tangan dan boot 'leher tinggi'. Kalau nak beli extra pun (sebab tak nak semua gambar nampak macam tak tukar baju) extra snow cap ke, extra muffler pun dah cukup. Winter coat belilah yang boleh rotate dengan orang lain (lol).

(4)
Rancang 'belanjawan' makan
Sekali makan luar kat Jepun lebih kurang Y1000 seorang. Katakan sehari makan 2 kali selama seminggu dah Y14000 (meletup!). Melainkan hari-hari singgah convenience store makan onigiri dan roti. Jadi satu cara nak jimat ialah masak sendiri. Nanti kat Sapporo sana beli barang masak termasuk beras di convenience store (7 eleven, Lawson dan seumpamanya). Ada orang bagi tips beli produk Brahim sebelum terbang. Refer sini: http://www.brahimsfood.com/contactus.html

Bawa kicap. Kalau boleh botol plastik dan tak besar sangat.

(5)
Buat itinerary
Bawah ni antara tempat-tempat yang biasa orang pergi bila dah sampai Sapporo. Tak semestinya kena sampai semua. Kena buka google map, search kat mana tempat-tempat ni, dekat tak dengan public transportation, larat tak nak berjalan etc. baru senang nak merancang, hari ni pergi mana, esok pergi mana..

Chitose Outlet Mall, Sapporo station, Esta mall, Tsudome, Hokkaido University, Stellar place, Old government office, clock tower, TV tower, JR tower, Shiroi Koibito Park, Teine ski resort, Otaru - light path festival, Odori, Susukino, Aurora town, Pole town, Tanukikoji....

(6)
Bawa cash (untuk makan, transportation dan shopping)
Bawa wang Y50,000++ - terutamanya untuk kos makan dan pengangkutan - kalau kena cara, boleh jadi berbaki bila pulang ke Malaysia.

(7)
Sewa pocket wifi (jika perlu) RM15 sehari.
Kalau rasa nak pakai internet semasa di Jepun, bolehlah sewa pocket wifi sebelum terbang. Tapi selalunya rumah sewa atau hotel ada sediakan internet. Contoh seperti dalam link : https://www.travelrecommends.com/

Bila dah sampai di Sapporo...

(8)
Beli Kad Kitaca (Boleh refer sini: http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/kitaca/)
budget Y3000 seorang pakai seminggu pusing Sapporo dan sampai Otaru. Dekat Hokkaido ni pakai kad Kitaca, fungsi sama macam kad touch n go. Jadi boleh naik train dan bus tanpa perlu terkial-kial depan mesin tiket.

>> Saya tengok ada orang beli JR Pass. Sebenarnya ok kalau nak singgah banyak tempat dalam jangkamasa pendek. Contohnya satu hari turun naik sampai 4-5 stesen keretapi, lepas tu turun naik lagi bas berkali-kali. Ataupun nak jelajah banyak prefecture dalam masa singkat. Otherwise, tak worth it. Terpulanglah, saya tengok ada satu geng Malaysia ni suka pergi banyak prefecture dalam satu trip. Pergi satu tempat, selfie, snap gambar, upload FB. Pergi tempat lain, selfie, snap gambar, upload FB. Snap gambar makanan Jepun, kat tepi letak sekali jam G-Shock. Sembang-sembang melancong Jepun tentang 'tempat-tempat yang berjaya sampai dan berjaya snap gambar.' Jarang jumpa orang bawa balik cerita yang lebih sophisticated daripada itu.

(9)
Shopping - terpulang pada apa yang nak dicari di Jepun. Turun-turun New Chitose Airport, boleh pergi Rera Premium Outlet. Bila dah settle down sikit, boleh shopping di area Sapporo Station (Apia, Esta, Paseo, Stellar Place, Yodobashi, Bic Camera...)

(10)
Jangan lupa survey macam mana jalan nak balik dari tempat tinggal ke New Chitose airport - nak naik train ke naik bus ke. Jangan lupa balik Malaysia.

===

Kesimpulan: Tiket flight (1k) + tempat tinggal (1k) + baju tebal (500) + Duit cash (1-2k) + pocket wifi jika perlu (100). Tu je yang penting.

Dan passport!

===

Dan yang paling penting: datang tempat orang jaga manner. Jangan loud sangat, tahulah kamu paling peramah di kampung.

Lepas makan buat apa? Clear meja. Jangan tinggal tempat menginap macam tongkang pecah expect orang lain bersihkan.

Jangan berak dalam bath tub! Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jangan malukan negara. Kita marah bila pelancong China buat onar kat tempat kita, tapi bila pergi Jepun, 2 kali 5, tak ada manner, tak ada standard.

Sekian.

advertlets

nuffnang