Wednesday, 31 October 2012

Lidah kebas lepas scaling

Tiga minggu lepas saya pergi klinik gigi untuk appointment scaling (cuci gigi). Dah lama juga tak jumpa dentist. Sampai saja dalam bilik klinik, dentist tanya kalau ada sakit kencing manis, tekanan darah tinggi etc. "Tak ada". Jadi kerja scaling bermula.

 Masa scaling, tak tahu lah rasa sakit sikit tu normal ke tak normal, ke sebenarnya sendiri takut jumpa dentist..

Selesai scaling, dentist pesan balik nanti kumur dengan air garam.

"OK..."

Nak jadikan cerita, lepas buat scaling tu, lidah sebelah kiri rasa kebas, macam tak boleh gerak. Nak sebut S tak boleh, jadi THH. Tak pernah-pernah macam ni, jadi pelat.

Tak pernah-pernah lidah jadi kebas lepas jumpa dentist. Dulu-dulu jaman muda-muda jumpa dentist cabut gigi ok je.

Jadi google la kot-kot ada orang yang senasib.

Memang ada.

Kes "numb tongue after dentist appointment".

Mungkin masa buat scaling, dentist terlebih cucuk sampai terkena saraf dipanggil 'lingual nerve' sampai injure saraf lidah. Bergantung pada tahap kecederaan, ada yang ambil masa berhari, berminggu atau berbulan akan sembuh. Ada yang syorkan ambil vitamin B12 untuk bantu bina tisu saraf. Sebaik-baiknya jumpa balik dentist terangkan situasi.

Seminggu lebih jugalah baru baik, sekarang dah boleh sebut S semula (Fuh..).

Jadi kalau ada siapa yang terkena, jangan gabra. InsyaAllah, bila saraf dah rebuild masalah selesai. Cuma sementara nak baik tu, jadilah pendiam dan pemikir masalah negara sekejap.

Sunday, 21 October 2012

Matlamat beragama

Dalam dunia ni ada beribu-ribu jenis agama, atau cara hidup yang dianuti penduduk dunia bernama manusia. Mengikut perangkaan, antara agama-agama utama dalam dunia adalah Kristian, Islam, Buddha, Hindu etc.

Kebanyakan nama agama sebenar-benarnya nama yang diberi oleh manusia, bukannya agama itu yang menamakan dirinya. Contohnya, Hindu merujuk kepada nama sungai iaitu sungai Indus. Apabila British datang ke India kemudian perhati cara hidup penduduk di kawasan sungai tersebut, lalu menamakan cara hidup itu sebagai Hindu untuk memudahkan klasifikasi. Padahal agama Hindu tak pernah menamakan agamanya sebagai Hindu malah dalam kitabnya sendiri.

Agama Buddha mengambil nama sempena Gautama Buddha, walaupun Gautama Buddha tak pernah menamakan ajarannya dengan apa-apa nama. Nama agama Buddha timbul semata-mata untuk memudahkan klasifikasi.

Kristian, nama kepada agama yang percaya kepada Tuhan yang satu, disampaikan oleh Jesus Christ, (atau Nabi Isa AS dalam Islam). Berlaku satu konspirasi sehingga Jesus ditangkap untuk disalib. Maka pengikut-pengikut ajaran Jesus Christ dinamakan pengikut Kristian, walaupun Jesus Christ tak pernah menamakan dakwahnya sebagai "Kristian", atau sesiapa yang nak masuk syurga mesti jadi orang "Kristian". Orang-orang yang terkemudian yang menamakan agama ini sebagai Kristian.

Islam, ramai orang salah anggap bahawa perkataan "Islam" semata-mata nama sejenis agama. Islam yang disebut berkali-kali dalam Al-Quran sebenarnya merujuk kepada "state of mind manusia yang berserah hidup sepenuhnya kepada Tuhan yang satu". Bahawa yang dinamakan orang Islam atau muslim itu, ialah orang yang single minded tentang pemikiran dia, percakapan dia, dan tindakan dia semata-mata untuk Tuhan yang satu, bukan ada tujuan lain dan kepentingan lain selain Tuhan yang satu. Itu maksud sebenar "cara hidup Islam", bukan Islam itu sejenis label nama agama.

Kenapa manusia itu asal-usulnya daripada satu iaitu keturunan Adam AS - semestinya satu cara hidup - kemudian berpecah kepada banyak golongan dengan pelbagai cara hidup, itu adalah persoalan yang manusia kena rungkai sendiri. Tapi disebabkan kekangan bahasa (language barrier) dan cabaran memahami isu kompleks dalam konteks yang betul, maka usaha merungkai persoalan ini menjadi sukar, dan tak ramai orang gemar dengan benda-benda yang susah. Memeningkan, dan tak menjamin makanan di atas meja.

Perkataan agama, religion itu sendiri pun dah menjurus kepada "kepeningan". Sebahagian orang barat memberi definisi religion sebagai 'set of beliefs'. Jadi pada mereka, orang yang beragama ialah orang yang "percaya-percaya" kepada sesuatu. Ada orang "percaya-percaya" bahawa tuhan mereka berupa seakan seorang manusia, berwajah seperti Morgan Freeman, berbaju serba putih, duduk di atas awan, dan melihat manusia jelata dari atas.

Dan nak dijadikan cerita majoriti penganut-penganut agama di dunia adalah daripada legasi keturunan. Bukan sebab mereka mengkaji kemudian pilih. Ramai orang masuk Islam setelah mengkaji dan buat perbandingan agama. Dan tak dinafi ada juga orang yang keluar Islam, sebab mereka mengandaikan apa yang dilakukan oleh majoriti orang Islam - yang menganut agama kerana legasi keturunan / "agama ikut-ikutan" - lalu menyatakan Islam ini agama yang mengelirukan, menindas, lalu ambil keputusan keluar agama, pun ada.

Adapun antara matlamat utama beragama, supaya manusia sedar dan faham bahawa hanya ada satu system of law, atau hukum yang mentadbir perjalanan seluruh alam semesta dan ia standard. Dan bahawa "law" ini mementingkan keseimbangan (balance).

Contoh dalam hukum newton ketiga, apabila satu daya dikenakan, pasti akan ada daya tindakbalas bertentangan.

Apabila kita ambil satu tindakan, pasti akan ada reaksi tindakbalas samada dari manusia, atau dari alam. Contoh, jika suatu kebaikan yang kita buat secara sembunyi dan tidak terbalas di dunia disebabkan tidak diheboh-heboh kepada manusia lain, maka pada alam selepas mati akan ada tindakbalas - atau kita dibiasakan dengan istilah "balasan setimpal" - terhadap tindakan-tindakan yang pernah dilakukan.

Jadi kalau ada orang yang berfikir boleh buat kerosakan di dunia dengan andaian akan terlepas daripada hukuman, sesungguhnya akan dibalas pada alam lain. Sebab Tuhan mentadbir alam semesta, mementingkan keseimbangan. Ia pasti akan dibalas setimpal, untuk mencari titik keseimbangan.

Jadi, dalam AlQuran (chapter 5 verse 69) menyatakan siapa saja yang beriman kepada Allah ("The God")(pemilik "The Law") dan beriman kepada hari akhirat (alam kemudian yang beri balasan setimpal demi memenuhi sains keseimbangan), dan banyak buat baik (atau lebih tepat dan spesifik: "beramal soleh"), maka tidak ada kebimbangan bagi mereka.

Saturday, 15 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Komen)

Menurut satu pendapat, pendidikan itu secara asasnya ada 3 tujuan:-

1) mendidik kemanusiaan - "humanity" - (sifat-sifat mulia sebagai insan)
2) mempelajari skil sesuai dengan keadaan zaman (contoh: ekonomi, teknologi, food supply etc.)
3) memelihara keseimbangan dalam hal kemanusiaan dan keperluan zaman (dengan memahami nilai-nilai universal & tujuan penciptaan)

Dan bahawa manusia perlu memenuhi ciri tertentu untuk menjadi manusia yang baik, atau insan. Kalau manusia tidak berkelakuan seperti manusia yang sewajarnya, maka kita panggil 'manusia cuma pada nama', walaupun mempunyai segulung kelulusan.

Sama juga bila kita sebut tentang sebahagian orang Islam yang tak berkelakuan atau bertindak sejajar dengan ajaran Islam, kita kata 'ni Islam cuma pada nama'.

Proses pendidikan kritikal dalam pembentukan seorang manusia yang wajar (insan). Seorang insan bukan semestinya lulusan dengan susunan A pada sijil.

Permasalahan pendidikan yang ada sekarang ialah obsesi terhadap bilangan A tetapi semakin pudar kualiti dan nilai. Secara peribadi saya memanggil fenomena ini sebagai 'inflasi A'. Di mana kita terlalu menekan kepada skor A dalam keputusan peperiksaan, terlalu sibuk menghabiskan waktu malam di kelas tiusyen, tapi hasil sebagai seorang manusia, tak baloi.

Sampaikan ada kes pelajar yang tidak dibenarkan ambil peperiksaan kerana pihak sekolah mahu menjaga rekod kelulusan. Kerana obsesi dengan peratus kelulusan dan bilangan A.

Jenayah pelajar semakin meningkat dan semakin bombastik. pukul buli sampai mati, rogol rakan sebaya bergilir-gilir, pukul cikgu, bunuh pensyarah, rompak bersenjata, hisap dadah, dilakukan oleh pelajar sekolah. Apabila benda ini dikemukakan kepada umum, jawapan pihak atasan mudah, 'ini kes terpencil dan keadaan masih terkawal'.

Ada guru besar, pengetua yang seboleh mungkin cuba menyembunyi kes-kes salahlaku pelajar kerana mahu menjaga rekod sekolah, dan semestinya rekod mereka sendiri.

Pendidikan Malaysia mesti keluar daripada kesilapan lalu dan kembali kepada tujuan sebenar pendidikan.

Sayang kita ada falsafah pendidikan negara yang sangat cantik, tapi falsafah tinggal falsafah yang hanya difahami oleh pengarangnya, manakala mereka yang bertanggungjawab dalam sektor pendidikan seakan tidak faham maksud yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.

Lagi satu permasalahan sistem pendidikan kita, gagal membentuk identiti kebangsaan dan kefahaman sivik seragam merentasi perbezaan etnik dan agama. Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain masih berfikir dalam frekuensi berbeza dan dalam partition masing-masing. 

Nak sama-sama pastikan jalanraya awam kita selamat pun tak mampu, sebab masing-masing fikir lain-lain.

Kita mengharapkan dengan adanya pelan pembangunan pendidikan ini, pelajar dibentuk dengan karakter yang layak dipanggil manusia (character building). Apabila mereka sudah terlepas ke dalam masyarakat dengan perangai yang pelik-pelik, sudah terlambat untuk diperbetulkan.

Dan seperti kita sedia maklum, hukuman keras semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah.

(Komen peribadi seperti di bawah)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Komen:
1. Sekolah kebangsaan mesti terkehadapan dalam menyediakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, jauh meninggalkan sekolah-sekolah jenis lain, termasuk sekolah persendirian.

2. Penekanan diberi kepada kemahiran komunikasi lisan, dalam kebanyakan masa bahasa diguna untuk perbualan, atau untuk pembentangan (presentation). Sekurang-kurangnya, tak pernah lagi terjadi bila orang tanya sesuatu dalam bahasa Inggeris, mula-mula ternganga, lepas tu ambil pen tulis atas kertas tunjuk pada orang yang tanya.

3. Cara fikir rakyat secara keseluruhan mesti diperbaiki, kalau tak, susah nak melangkah maju, masih bersangkut pada isu-isu 'kitar semula' (termasuk isu politik, agama dan perkauman) setiap tahun.

4. Profesion guru mesti kembali berada di pilihan atas. Sekarang orang pilih profesion berdasarkan yang mana beri banyak duit, berbanding berdasarkan nilai sumbangan kepada masyarakat.

5. Guru besar dan pengetua mesti jujur dan amanah, bukan sembunyi kes sebab nak jaga rekod. Akibatnya, menghasilkan laporan yang tak benar / rekod yang tak 'real'. Apabila sudah terlepas ke dalam masyarakat, mustahil untuk patah balik.

9. Platform untuk terima input daripada ibu bapa, komuniti dan sektor swasta mesti sentiasa terbuka dan berterusan, supaya pendidikan respon kepada perubahan dan cabaran baru.

10. Setuju, pelaburan kena berbaloi. Kalau sudah belanja ribu juta tetapi peningkatan cuma 2-3%, akan membuka kepada persoalan.

11. Elakkan bermain dengan graf dan statistik yang tidak melambangkan realiti / situasi yang sebenar. Peningkatan bilangan A semata tidak melambangkan progres, sebaliknya muncul fenomena 'inflasi A'.

Wednesday, 15 August 2012

Apa erti menyambut aidil fitri

Dalam Islam ada dua perayaan utama, iaitu aidil fitri dan aidil adha. Sesetengah negara menggunakan ejaan eid ul fitr dan eid ul adha.

Beberapa hari lagi kita akan merayakan salah satu perayaan umat Islam iaitu aidil fitri.

Sambutan aidilfitri adalah simbolik menandakan berakhirnya tempoh ibadah berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Aidilfitri ialah hari kemenangan di mana manusia 'secara simbolik'nya telah kembali kepada fitrah (samada benar sekadar simbolik atau real, tergantung pada kadar usaha) setelah 'menahan diri' secara ritual daripada makan minum, dan secara actual iaitu daripada perkara-perkara yang sia-sia, di samping menambah aktiviti ibadah contohnya secara ritual membaca alquran untuk pahala huruf, dan secara actual 'memahami isi kandungan' supaya AlQuran benar-benar berfungsi sebagai petunjuk dalam hidup.

Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah kemudian ibu bapanya yang menjadikan dia yahudi atau nasrani. Put aside sekejap apa sebenarnya dimaksudkan dengan yahudi dan nasrani, yang penting apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'keadaan fitrah', supaya kita jelas apa expected outcome / result daripada ibadah puasa selama sebulan. Kalau tidak, imaginasi kita sahaja yang beranggapan kita 'telah berpuasa sepertimana yang disyariatkan'. Assumption.

Selain puasa sebulan ramadan, kita juga disunatkan puasa 6 hari dalam bulan syawal. Mereka yang berpuasa sebulan ramadan dan 6 hari syawal, seolah-olah berpuasa selama setahun (360 hari). Dalam erti kata lain, kalau puasa kita benar, karakter kita sepanjang tahun sehingga datang ramadan akan datang adalah karakter 'orang yang menahan diri'.

Karakter orang yang menahan diri ialah orang yang menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan memperbanyakkan ibadah pembaikan diri termasuk membaca AlQuran sebagai petunjuk (bukan sekadar pahala huruf).

Ritualnya (menahan diri daripada makan dan minum) cuma sebulan + 6 hari, tapi actualnya ( = penghayatan sebenarnya) sepanjang tahun.

Semoga kita antara orang yang meraikan erti sebenar hari kemenangan kembali kepada fitrah.

InsyaAllah.



*** Dalam bulan ramadan kita dianjurkan supaya perbanyakkan tadarus alquran. Maksud sebenar perkataan tadarus ialah 'mempelajari'. Mempelajari sudah tentu bermakna pembaca faham apa yang dibaca. Pun begitu membaca untuk pahala huruf kelihatan tak salah, cuma tak berapa mencapai matlamat sebenar 'tadarus'.



Monday, 6 August 2012

10 Smart Things I've Learned from People Who Never Went to College

I grew up in an extended family of folks who for the most part didn’t attend college. Many of them were working full time before they left high school, and a few (like my father) went to night school after they’d already been working for a long time. 

From an early age my perspective was steeped in wisdom from those who never went to college, but managed to live fulfilling lives just the same.  Here are ten things they and others I’ve encountered along the way have taught me.

http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/08/02/ten-smart-things-ive-learned-from-people-who-never-went-to-college/

Wednesday, 1 August 2012

Puasa ramadan bukan semata berlapar

Berpuasa secara zahir kelihatan seperti ibadah 'tak makan dan tak minum'. Bila kita cerita dengan orang 'apa itu puasa' pun, kita highlight pada 'tak makan dan tak minum'. Padahal tak makan dan tak minum adalah pre-condition kepada berpuasa, bukan keseluruhan matlamat berpuasa.

Apabila kita terlalu fokus kepada perkara tak makan dan tak minum, maka hasil daripada aktiviti puasa ini ialah perut yang lapar dan turun berat badan. Bila tiba waktu berbuka puasa, ada yang makan berbuka seperti 10 hari kebulur tak makan.

Matlamat puasa sebenarnya supaya kita kembali kepada keadaan fitrah.

Ini matlamat sebenar puasa. Ini sebab utama kita memasukkan diri kita ke dalam pre-condition 'menahan diri daripada makan dan minum'. 

Ibarat macam kita nak pergi ambil exam. Persediaan minimum ialah alat tulis, pre-condition ialah mesti datang ke dewan peperiksaan pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah dan name tag. Kalau datang pakai baju casual tak dibenarkan ambil exam walaupun dah hafal semua sifir 2 sampai sifir 11. Tujuan masuk ke dalam bilik exam ialah untuk jawab soalan kemudian lulus, bukannya semata nak tayang uniform sekolah baru beli di Tesco. 

Katakan otak kita berfungsi seperti CPU komputer. Dalam hari-hari biasa, otak kena allocate peratusan yang agak besar 'kapasiti CPU' untuk proses cerna makanan. Sebab tu kadang-kadang kita jadi sluggish bila lepas makan dan jadi malas berfikir yang berat-berat. Tapi bila kita tahan diri daripada makan dan minum, kita ada lebih kapasiti CPU otak untuk fokus kepada proses 'mengembalikan diri kepada fitrah'. 

Sebab tu baca Quran dalam waktu puasa sangat signifikan dan sangat dianjurkan. Waktu puasa ni lah otak mudah cerna (digest) apa yang dibaca dalam Quran, yang mana pada bulan-bulan biasa kita jadi malas nak fikir yang susah-susah, dan ambil shortcut 'berserah saja pada manusia lain'.

Jelas baca Quran yang dianjurkan ni ialah baca dalam konteks baca yang sebenar, iaitu baca dan tahu maksud apa yang dibaca. Sama ada kita faham maksud dalam bahasa arab atau kita usaha untuk cari terjemahan dalam bahasa yang kita faham. Kalau perlu pemahaman dari sudut sejarah, maka perlu rujuk kepada pakar yang menghabiskan masa dan umur mereka mendalaminya.

Kalau dulu kita pun blur nak tanya ustaz soalan apa, balik-balik soalan stereotaip balik-balik bab fekah, bila kita buka Quran maka kita akan jumpa banyak persoalan yang selama ni kita ingat apa yang berlegar-legar dalam masyarakat itulah agama, padahal dalam Quran kata lain.

Wednesday, 23 May 2012

Malaysia: mampukah menjadi negara maju?

Lagi 8 tahun, Malaysia dijangka akan menjadi negara maju mengikut Wawasan 2020. Tapi nampak gayanya, belum ada rupa seperti ke arah negara maju. Suasana sosial masih belum seperti sebuah negara maju. Identiti kebangsaan masih kabur, tiap-tiap etnik hidup dalam partition masing-masing, masih buat tuntutan-tuntutan yang hanya untuk kepentingan etnik, alasannya: "hak kami termaktub dalam perlembagaan".

Maju bukan semestinya bermaksud mesti ada bangunan tertinggi, atau litar lumba, atau Proton, atau lebuhraya bertol di mana-mana.

Antara yang dimaksudkan sebagai maju merujuk kepada mentaliti dan rangka minda (mindset) rakyat, ke arah bersama-sama mendukung cita-cita menjadi negara maju.

Tanpa mindset yang betul, maka habis baik kerajaan cuma akan tumpu pada pembangunan infra semata-mata - lebih banyak kereta, lebih banyak bangunan besar dan tinggi, lebih banyak lebuhraya bertol, lebih banyak tandas berbayar.

Pelancong-pelancong luar negara mungkin takjub dengan bangunan hebat-hebat yang berjaya dibina oleh kerajaan dengan peruntukan besar, atau takjub dengan makanan tempatan yang berbagai, berkolestrol, bergula dan berminyak. Tapi apabila mereka kait dengan sikap dan mentaliti masyarakat secara umum, tak ada apa yang nak ditakjubkan, malah masih 'third world'.

Sampah masih dibaling ke longkang, atau diselit di celah kerusi, atau letak atas jalanraya. Sikap ketika memandu masih antara yang terburuk, belum boleh dinobatkan sebagai 'maju'. Lebih ramai orang mati atas jalanraya berbanding mati penyakit kronik.

Kelihatan tumpuan diberi kepada pembangunan infrastruktur jauh meninggalkan pembangunan mentaliti.

Apabila kita pergi ke Jepun, kita mungkin takjub dengan bangunan atau kebersihan, tapi yang lebih menakjubkan ialah sikap dan mentaliti rakyat yang sangat membantu ke arah menjadi negara maju.

Kalau di Jepun, '5S' sudah menjadi budaya termasuk dalam cara fikir, cara mengurus, cara menyelesai masalah. Kalau timbul suatu masalah, seboleh-boleh mereka nak cari 'root cause' dan kemudian 'permanent solution'. Tapi kita, masih di tampuk 5S ialah cara susun fail dan cara buang sampah.

Jepun maju sebab sikap dan mentaliti mereka membantu ke arah kemajuan. Kita orang melayu pun ada sikap-sikap yang bagus tapi ia bukan sikap yang kritikal untuk kemajuan. Contohnya, melayu terkenal dengan sifat rendah diri (humble), sifat ini semata tidak akan membawa orang Melayu kepada kemajuan.

Bila kita pergi ke Australia juga, kita mungkin takjub dengan keindahan alam, tapi lebih menakjubkan bila mereka mampu contohnya menyediakan pengguna-pengguna jalanraya yang berhemah dan sabar.

Jika rakyat bermentaliti bagus, negara akan bergerak maju hasil tangan rakyat itu sendiri tanpa perlu diawasi sepanjang masa, dan bukan semata sebab peruntukan kerajaan buat projek mega koridor sana sini.

Yang menggerakkan sebuah negara menjadi maju bukan semata infrastruktur hebat-hebat, tapi sikap dan mentaliti setiap individu dalam masyarakat yang membantu kemajuan. Satu jalan yang terbaik supaya kita dapat membentuk minda kelas satu atau mentaliti rakyat negara maju, ialah melalui pendidikan.

Sempena pelan transformasi pendidikan negara, ada bagusnya kerajaan membetulkan nawaitu dan kordinat hala tuju pendidikan, daripada bermain dengan statistik bilangan A - statistik yang tak berpijak di bumi nyata, kepada hasil yang sangat dekat dengan realiti, iaitu pembentukan sikap dan mentaliti.

Kalau sikap dan mentaliti betul, semua benda akan 'progress'. Kalau sikap dan mentaliti tak bagus, luaran nampak gempak tapi dalam kontang.

Wednesday, 9 May 2012

14 Lessons From Benjamin Franklin

Benjamin Franklin was a man of action. Over his lifetime, his curiosity and passion fueled a diverse range of interests. He was a writer (often using a pseudonym), publisher, diplomat, inventor and one of the Founding Fathers of the United States.

His inventions included the lightning rod, bifocals and the Franklin stove. Franklin was responsible for establishing the first public library, organizing fire fighters in Philadelphia, was one of the early supporters of mutual insurance and crossed the Atlantic eight times.

Self-development was a constant endeavor throughout his incredible life. Benjamin Franklin was clearly a man who knew how to get things done. 

Read more: http://articles.businessinsider.com/2012-04-29/strategy/31460752_1_movers-and-shakers-action-benjamin-franklin

Wednesday, 18 April 2012

Proton Preve - drive it to believe it

Petang tadi saya berkesempatan melihat Proton Preve dengan lebih dekat di showroom Proton Presint Diplomatik, Putrajaya. Sebelum tu saya singgah minum dulu di kedai mamak Ali Bistro, kebetulan nampak Proton Preve warna merah sedang dipandu uji. Fuh, sebab excited semua orang yang duduk di meja luar tengok Preve lalu sampai tak kelip mata <- ok, ini menambah-nambah, mestilah sempat kelip mata.

Sampai saja di kawasan showroom, masa tu sudah pukul 6 lebih tapi masih ada ramai yang datang nak tengok Preve. Saya sebenarnya kalau boleh nak test Proton Preve versi manual, tapi tak ada. Yang ada cuma versi CFE. Jadi agak kecewa sikit, walaupun tak ada pun niat nak membeli. Niat menyibuk saja.

First impression, design exterior boleh kata kemas, tidak ada lekuk-lekuk hodoh kononnya mengambil konsep bentuk wau, gasing yang kesudahannya menjadi bahan ketawa, menjadi bentuk seakan ekor kura-kura, contohnya yang terdapat pada design belakang Proton Savvy atau grill Proton Gen2. Melihat design exterior Proton Preve pada saya jauh lebih mudah diterima, satu perkembangan yang baik.

Dalam internet sudah banyak gambar-gambar Proton Preve, ada sebahagian orang komen belakang Preve tak cantik, macam tak siap etc. Tapi bila tengok kereta sebenar, nampak moden dan ala continental. Yang penting macam saya tulis tadi, tak ada bentuk ekor kura-kura, pun begitu ada kebenaran design nak kena improve lagi.

Contohnya bahagian grill depan nampak lifeless / flat, tak hidup. Kalau letak headlight mata terbonjol, logo ke bumper timbul sikit barulah nampak 'hidup'. Tak apa, boleh perbaiki dalam next facelift - kalau ada.

Cuma lampu belakang tu, betullah, macam terlebih tinggi sikit, dan terlalu empat segi (squarish). Kalau turun sikit beberapa milimeter, dan bulat-bulatkan sikit bucu-bucunya, tentulah lebih cantik.

Lepas tu ada orang kata apalah Proton Preve ni tiru design Kia lah, BMW lah.. Kalau tanya saya, baguslah ambil pengajaran yang baik-baik. Alasan mereka, tak ada originality. Apa maksud dia orang ni dengan tak ada originality? Kalau kita tengok satu orang smart pakai kemeja, pakai suit, adakah kita mesti pakai seluar dalam di luar, sambil buat corak dengan lipstick sebab nak claim originality?

Ambil inpsirasi daripada design orang lain tak ada salah, cuma kalau boleh dalam intepretasi sendiri, ukuran sendiri.

Ruang dalaman bagus sangat praktikal, ruang kaki di seat belakang selesa, lutut tak bergesel dengan seat depan. Seat belakang ada arm rest boleh dinaik turun. Fabrik seat lembut, pilihan warna gelap dan nampak kelas.

Steering dibalut dengan material lembut baru ada 'feel'. Diameter steering pun saya suka, just nice tak terlalu besar. Ruang bonet belakang luas memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang tiap-tiap tahun memandu balik kampung.

Design dashboard dan central console simple, ada kelas, tak terlalu complicated, setaraf dengan brand lain. Satu peningkatan besar berbanding model-model Proton sebelum. Pun begitu, kualiti plastik digunakan pada sesetengah tempat masih perlu diperbaiki sebab masih ada bibit-bibit rasa 'kemurahan' (look cheap).

Meter console kalau ikut taste saya.. kurang 'sporty', nampak tak mahal, samada sebab kualiti plastik atau warna (?).

Harga Proton Preve bermula dari RM59k hingga RM72k, dengan gajet & features yang biasa terdapat dalam model-model kereta jenama luar negara yang berharga lebih RM100k ke atas, pada saya faktor penarik untuk bakal pembeli kereta.

Kesimpulan? Saya percaya jualan Proton akan meningkat dengan Proton Preve. Dulu orang berbondong-bondong beli Saga BLM sebab "akhirnya" dapat beli kereta yang senonoh (proper car) - (setelah berbelas tahun dikhianati oleh kualiti vendor kroni yang dahsyat) - pada harga RM40k. Sekarang orang ramai akan berbondong-bondong kerana akhirnya dapat beli kereta yang memenuhi kriteria antarabangsa dari segi design, keselamatan dan prestasi.

Wednesday, 29 February 2012

individual talent vs team work

"Individual talent can win games, but team-work can win championships."

advertlets

nuffnang