Tuesday, 11 January 2011

Dinar dan Dirham - Imran N. Hosein (1)

Saya ingin berkongsi sebuah buku yang saya terima baru-baru ini ketika membeli dinar emas sebagai mas kahwin. Buku bertajuk "Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang" karangan Imran N. Hosein. Kulit buku berwarna hijau muda, di depannya ada gambar dinar muslim dan dirham muslim, tebal 50 muka surat.

Di bawah, saya rumuskan isi-isi penting seringkas mungkin supaya mesej ini sampai kepada semua orang termasuk yang malas membaca.

Bab 1 - Pengenalan

Media berita, termasuk di negara-negara yang mengisytiharkan 'Islam' sebagai agama negara, sangat terkenal dengan tindakan mereka menggelapkan semua laporan berkaitan perkara yang penting ini. Contohnya, berita tentang persidangan "International Conference on the Gold Dinar Economy" yang berlangsung di PWTC, KL pada 24 dan 25 Julai 2007 kurang mendapat liputan.

Lebih menyedihkan ialah "ulama-ulama" yang terlatih secara tradisional seolah-olah bersama dengan orang awam di kalangan umat Islam dari segi kegagalan atau kesepian mereka untuk menyatakan pendirian mereka berhubung sifat kepalsuan wang moden.

Sistem kewangan yang dicipta oleh perikatan Yahudi - Nasrani Eropah telah khusus dibentuk bagi menghilangkan "wang yang mempunyai nilai terkandung" (emas) dari sistem kewangan dunia dan menggantinya dengan wang yang tidak mempunyai nilai dalamnya (kertas). Wang kertas seperti ini yang tidak boleh ditebus nilainya bolehlah diturunkan nilainya.

Bila ini berlaku ia akan mengakibatkan bukan sahaja pencurian secara sah kekayaan mereka yang wangnya disusutkan nilainya itu akan tetapi ia juga menyebabkan beban pembayaran balik hutang, yang dipinjam berasaskan faedah, terus menerus meningkat. Akhirnya negara akan terperangkap dengan beban hutang yang tidak mungkin boleh dibayar balik.

Apabila IMF memaksa penswastaan ke atas negara yang matawangnya telah disusutnilaikan, pengganas kewangan kini mengambil alih dengan membeli lapangan minyak dan gas, syarikat pembekal tenaga, kemudahan komunikasi dsb. dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga sebenar.

Adalah sangat menghairankan apabila Hugo Chavez, Presiden Venezuela, mampu memahami peranan pemerasan  yang dijalankan oleh IMF dan berupaya menamatkan keahlian negaranya dalam organisasi tersebut, walhal para ilmuwan Islam ("ulama") terus menyepikan diri berhubung perkara ini.

Bab 2 - Wang dalam AlQuran dan Hadith

Apabila wang diberi pinjam dengan dikenakan faedah, pemberi pinjaman akan melindungi dirinya sebaik mungkin dari mengalami kerugian. Kesannya wang tidak akan beredar - yang kaya akan kekal kaya dan yang miskin kekal miskin dan terdedah kepada penindasan. Sebagai contoh, segolongan perempuan kampung beragama Islam yang miskin dari Indonesia, bekerja sebagai pembantu rumah kepada puak bukan Islam yang memerintah di Singapura walaupun majikan mereka ini memusuhi Islam. Dan selain keperluan memasak dan menghidangkan daging babi, mereka bekerja 24 jam sehari tanpa seharipun untuk rehat dan semua ini dengan gaji yang setaraf hamba.

Terdapat setengah ilmuwan Islam ("ulama") yang berhujah tidak salah bagi orang Islam menerima sistem kewangan semasa yang berasaskan wang kertas di mana perikatan Yahudi - Nasrani - disebabkan penguasaan mereka ke atas sistem itu, boleh dengan mudah mencetak kertas untuk dijadikan wang, meletakkan nilai yang sebenarnya palsu dan dengan itu menjadikan mereka pencipta seberapa banyak kekayaan yang mereka mahu.

Akan tetapi, apabila orang Islam meniru mereka dengan turut serta dalam kemungkaran mencipta kekayaan atas angin seperti ini, sebuah beg pakaian penuh dengan Rupiah Indonesia atau Rupee Pakistan tidak akan mencukupi untuk membeli secawan kopi di Manhattan.

Para limuwan Islam ("ulama") berkenaan tidak pernah membuat pengisytiharan yang sistem kewangan berasaskan wang kertas ini adalah haram dan pada masa ini nampaknya perkara ini tidak akan berlaku. Pada hari ini wang yang benar-benar mengandungi nilai telah hilang dari sistem kewangan yang diguna di seluruh dunia. Keseluruhan dunia Islam juga sama bersalah kerana meninggalkan "wang" yang jelas ditentukan oleh Quran dan yang kekal bernilai di akhirat kelak.

advertlets

nuffnang