Malaysia sebuah negara yang masih muda. Jika kita inginkan nama negara disebut-sebut dan diagung-agungkan, kedua-dua sektor awam dan swasta negara ini mestilah dijalankan dengan secara bermoral.
Sesetengah daripada anda mungkin menganggap sikap prinsip ini sebagai ketinggalan zaman, lapuk, tidak mengikut masa tetapi pada hemat saya, inilah prinsip hidup yang seharusnya kita pegang ke akhir zaman.
Apa yang menyedihkan bahawa dalam era kehidupan kita sekarang ini, kita tidak meletakkan perasan malu yang setimpal ke atas orang yang berkelakuan melampaui batasan moral.
Kita sebagai satu masyarakat, terlalu senang meraikan orang yang dianggap kaya raya dan hidupnya mewah. Kita meraikan mereka ini tanpa terlalu mempersoalkan asal usul kekayaan mereka. Kita sebagai satu masyarakat juga terbabit bersalah dalam keghairahan kita meraikan si pelaku salah.
Link: Utusan Malaysia