Wednesday, 2 May 2018

Mazda 3 GVC - Driving Matters

Setelah research untuk sekian masa, maka pada awal tahun ini saya telah membuat keputusan untuk trade-in kereta Peugeot 308 (model 2009) untuk kereta baru Mazda 3 GVC sedan (terima kasih, singa. Jasamu dikenang).

Ahad lepas - 29 April 2018, berpeluang untuk memandu Mazda 3 ke pantai timur - majlis nikah adik ipar di Machang. Ada 2-3 pilihan jalan untuk ke sana dari Putrajaya, jalan persekutuan boleh, lebuhraya boleh.

Navigation System
Mazda 3 sedan high spec datang dengan built-in navigation system bersama peta satu Malaysia. Nak carian berdasarkan alamat/nama jalan/poskod boleh, nak carian point of interest (restoran, stesen minyak, parking etc.) pun boleh. Bila dah pandai cara nak carian, memang terbaiklah. Jimat data plan.

Bila navigate pun siap beritahu kereta mesti berada pada lane mana. Jadi tak adalah kes seperti berada di lorong paling kanan atas jalan 4 lorong, tiba-tiba kena ambil susur keluar, kena pula masa tu jalan sesak.

Search route dari Putrajaya ke Machang. Pilih route lebuhraya Karak - lebuhraya Pantai Timur. Ikut jarak memang lebih jauh. First half boleh main corner, second half boleh pecut jika keadaan mengizinkan.

Semasa melalui lebuhraya Karak, saya dapati daya pecutan mencukupi apabila diperlukan. Nak memotong walaupun ketika mendaki, nak elak daripada berada bersebelahan kereta 'mencurigakan' tak reti tengok kiri kanan, tak ada masalah. Enjin SkyActiv 2.0 tidak mengecewakan.

Bila masuk ke lebuhraya pantai timur, seperti diketahui umum ada beberapa tempat keadaan jalan tak rata, samada bertampal atau beralun. Memandangkan M3 high spec datang dengan tayar low profile (215/45R18), jadi boleh rasa segala bentuk permukaan jalan. Kalau baca sebahagian review akan kata ini tak bagus, tak smooth macam kereta Jerman. Termasuk bunyi agak ketara, seperti bunyi tayar masuk ke dalam kabin.

Mereka barangkali lupa atau buat-buat lupa bahawa Mazda 3 ini dikategori sebagai kereta pemandu (driver's car).

Jinba ittai! Bunyi tayar dan boleh rasa permukaan jalan itu bagus! haha :-D

Setelah sampai di destinasi, saya dapati penggunaan minyak menjimatkan, lebih kurang 14km/L walaupun ada beberapa tempat yang saya pandu agak laju, dan 'melompat-lompat' kerana keadaan lebuhraya hinggakan anak saya pun mengadu rasa mual.

Handling
Ketika memandu dalam kawasan Machang dan sewaktu dengannya, memang terbaiklah cara Mazda 3 mengambil selekoh, terutamanya selekoh-selekoh 40-45 darjah. Kereta rasa planted, boleh rasa bukan sekadar tayar yang membelok, tapi 'keseluruhan kereta membelok'.

Sesetengah kereta lain bila kita pusing steering, tayar memang belok, tapi kereta macam nak terbabas ke depan apabila selekoh laju.

Pada waktu malam, kami ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh alang-alang dah sampai ke sini. Dalam perjalanan ke sana, adalah kadang-kadang sekumpulan motorsikal memotong dari kedua-dua belah kiri dan kanan kereta, tentulah menyebabkan kereta sukar untuk ubah lorong. Kalau tak berhati-hati boleh jadi kemalangan. Mazda 3 dilengkapi dengan blind spot sensor yang menyala pada cermin sisi jika ada kenderaan di sisi. Sangat membantu.

Memandu di atas jalan gelap tidak berlampu menjadi mudah dengan adanya automatic high beams. Tak perlu risau terbutakan mata pemandu dari arah bertentangan atau apabila ada kereta di hadapan atau apabila lalu di kawasan yang berlampu. Ia akan turun dan naik secara automatik.

Selesai membeli belah di pasar malam wakaf che yeh, pulang ke rumah homestay. Meletakkan M3 di porch secara reverse menjadi mudah dengan adanya reverse camera. Tak perlu risau tersondol benda atau terlanggar hidupan jinak atau liar. Nak rapat ke dinding pun tak jadi masalah sebab boleh nampak pada skrin berapa cm lagi boleh pergi, termasuk bunyi daripada parking sensor.

Selesai majlis nikah dan sanding, plan bertolak pulang ke Putrajaya pada keesokan pagi. Alang-alang boleh singgah Terengganu beli keropok lekor.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui lebuhraya pantai timur, hujan selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan - terpaksa pakai sunglass - beserta dengan angin lintang. Memandangkan jalan pun beralun, kena jaga-jagalah dengan throttle. Walaupun Mazda 3 dilengkapi dengan DSC/TCS tetapi harus diingat, ia direka untuk mengurangkan risiko kemalangan, bukan lesen untuk memandu semberono (reckless driving).

Nak jadikan cerita memang lepas-lepas tu ada 2-3 kemalangan berlaku menyebabkan kesesakan. Ini pemandangan biasa di tanahair kita dengan kadar kemalangan antara tertinggi di dunia. Asal hujan je eksiden.

Sampai di lebuhraya Karak, apa lagi.. fast cornering, kawal cruising speed, steering sahaja. Ada satu Alza laju juga, tapi bila sampai di selekoh main-main brek. Takut terbabas letew.

Lain-lain: keluasan boot walaupun antara yang kecil kalau dibandingkan dengan kereta-kereta lain dalam segmen sama, pada saya sedang elok untuk keluarga 2 orang anak yang tidak lagi perlukan stroller.

Kesimpulan: Mazda 3 = driver's car
Driver pergi showroom, driver pandu uji, driver berkenan, driver periksa duit dalam bank, driver keluar duit sendiri top up dengan loan, driver yang pandu, driver senyum.

Kalau passenger's car: passenger banyak duit, passenger bayar, upah orang lain pandukan kereta untuk dia. Mazda 3 bukan kereta tersebut. Passenger's car biasanya tak fokus kepada handling, terlalu senyap macam perpustakaan, dan tak ambil pusing tentang road feedback.

Mazda 3, kereta yang seronok ketika di selekoh (fun cornering), kuasa yang mencukupi untuk pemanduan sukan (sporty driving) dan jimat penggunaan minyak. Tapi harus diingat, Mazda 3 bukan kereta sport - masih ada body roll walaupun tidak ketara dan enjin tidaklah berlebihan kuasa, sekadar memadai untuk pemanduan bersemangat atas jalan raya awam.

Note:
Tentang Kelantan & Terengganu.. secara 'relatif' pemandu-pemandu di sini agak lebih tenang, berbanding pemandu-pemandu di pantai barat. Kelihatan ramai yang berniaga demi meraih pendapatan. Konvoi motor kerap kelihatan, malah semasa perjalanan pulang sempat melihat aksi Superman di lebuhraya pantai timur sebelum ditahan kereta peronda polis. Tempat saya dibesarkan 30 tahun dahulu. Semoga berjumpa lagi.

Saturday, 10 February 2018

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009 (5th / Final year)

Peugeot 308 VTi tahun 2009, beli second hand pada tahun 2013, maka tahun ini, 2018 genap 5 tahun jadi 2nd owner kereta ni. Memandu french car ni selain daripada dapat menikmati pemanduan ala continental - berat dan stabil - juga menjadikan kita lebih dari sekadar memandu dari titik A ke titik B. Nak kena tahu hal-hal teknikal tentang kereta ni dan adakah ia mengganggu pemanduan atau tidak.

Contohnya sensor ABS. ABS ni penting bila berada dalam situasi cemas ketika brek mengejut menyebabkan tayar 'locked' jadi sangat perlu fungsi antilock braking ni. Kalau ABS jadi error.. sensor ABS rosak, adakah kereta boleh dipandu? Ya, masih boleh dipandu. Cuma jika dan hanya jika berada dalam situasi tersebut tadi, fungsi ABS tak ada lah. Dan bagi setengah pemandu mungkin rasa agak annoyed sebab lampu ABS menyala. Tapi bottom line is, kereta masih boleh dipandu tanpa gangguan dari segi prestasi.

Satu perkara yang saya belajar hargai (atau kena racun) sejak pakai 308 ni ialah, betapa pentingnya kualiti material yang digunapakai pada bahagian dashboard. Pakai plastik keras ke plastik/getah lembut ke, warna dia boleh terima ke nampak murah. Dulu tak kisah, janji kereta boleh jalan, sampai ke destinasi dengan selamat dan selesa. Tapi sejak 'kena basuh' dengan dashboard 308, itulah antara benda pertama yang nampak dan perhati bila masuk ke dalam kereta-kereta lain.

5 tahun. Masa untuk let go singa dan tengok apa option lain yang ada. Kali ni kereta yang lebih driver-oriented tapi tak terlalu hardcore, sebab ada 3 orang lain nak naik bersama.

Life is short.

advertlets

nuffnang