Awal bulan 2 tahun ni (2017) saya berpeluang bawa keluarga bercuti di Sapporo dan ke Otaru sempena Snow Festival dan Light Path Festival.
Antara 10 perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:-
(1)
Beli tiket flight: Budget +/- RM1k seorang.
Flight Airasia direct dari KLIA2 ke New Chitose Airport. (Kemudian dari Chitose Airport ni akan naik train menuju ke Sapporo / tempat tinggal)
(2)
Book tempat tinggal: Budget RM1k++
Ikutlah citarasa, budget dan bilangan orang. Book hotel pun boleh. Book sekali dengan Airasia pun OK. Dalam kes kami, nak muat 5 orang dewasa dalam satu tempat (!) mesti ada dapur (!) dan bilik air tak kongsi dengan orang lain (!), jadi antara pilihan yang ideal ialah Airbnb. Dapat satu sangat berdekatan dengan station train Naebo (satu stesen sebelum Sapporo station). Link: https://www.airbnb.com/
(3)
Beli pakaian winter: Budget RM300++
Saya cadangkan memadai beli satu set sahaja snow cap, muffler, winter coat, sarung tangan dan boot 'leher tinggi'. Kalau nak beli extra pun (sebab tak nak semua gambar nampak macam tak tukar baju) extra snow cap ke, extra muffler pun dah cukup. Winter coat belilah yang boleh rotate dengan orang lain (lol).
(4)
Rancang 'belanjawan' makan
Sekali makan luar kat Jepun lebih kurang Y1000 seorang. Katakan sehari makan 2 kali selama seminggu dah Y14000 (meletup!). Melainkan hari-hari singgah convenience store makan onigiri dan roti. Jadi satu cara nak jimat ialah masak sendiri. Nanti kat Sapporo sana beli barang masak termasuk beras di convenience store (7 eleven, Lawson dan seumpamanya). Ada orang bagi tips beli produk Brahim sebelum terbang. Refer sini: http://www.brahimsfood.com/contactus.html
Bawa kicap. Kalau boleh botol plastik dan tak besar sangat.
(5)
Buat itinerary
Bawah ni antara tempat-tempat yang biasa orang pergi bila dah sampai Sapporo. Tak semestinya kena sampai semua. Kena buka google map, search kat mana tempat-tempat ni, dekat tak dengan public transportation, larat tak nak berjalan etc. baru senang nak merancang, hari ni pergi mana, esok pergi mana..
Chitose Outlet Mall, Sapporo station, Esta mall, Tsudome, Hokkaido University, Stellar place, Old government office, clock tower, TV tower, JR tower, Shiroi Koibito Park, Teine ski resort, Otaru - light path festival, Odori, Susukino, Aurora town, Pole town, Tanukikoji....
(6)
Bawa cash (untuk makan, transportation dan shopping)
Bawa wang Y50,000++ - terutamanya untuk kos makan dan pengangkutan - kalau kena cara, boleh jadi berbaki bila pulang ke Malaysia.
(7)
Sewa pocket wifi (jika perlu) RM15 sehari.
Kalau rasa nak pakai internet semasa di Jepun, bolehlah sewa pocket wifi sebelum terbang. Tapi selalunya rumah sewa atau hotel ada sediakan internet. Contoh seperti dalam link : https://www.travelrecommends.com/
Bila dah sampai di Sapporo...
(8)
Beli Kad Kitaca (Boleh refer sini: http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/kitaca/)
budget Y3000 seorang pakai seminggu pusing Sapporo dan sampai Otaru. Dekat Hokkaido ni pakai kad Kitaca, fungsi sama macam kad touch n go. Jadi boleh naik train dan bus tanpa perlu terkial-kial depan mesin tiket.
>> Saya tengok ada orang beli JR Pass. Sebenarnya ok kalau nak singgah banyak tempat dalam jangkamasa pendek. Contohnya satu hari turun naik sampai 4-5 stesen keretapi, lepas tu turun naik lagi bas berkali-kali. Ataupun nak jelajah banyak prefecture dalam masa singkat. Otherwise, tak worth it. Terpulanglah, saya tengok ada satu geng Malaysia ni suka pergi banyak prefecture dalam satu trip. Pergi satu tempat, selfie, snap gambar, upload FB. Pergi tempat lain, selfie, snap gambar, upload FB. Snap gambar makanan Jepun, kat tepi letak sekali jam G-Shock. Sembang-sembang melancong Jepun tentang 'tempat-tempat yang berjaya sampai dan berjaya snap gambar.' Jarang jumpa orang bawa balik cerita yang lebih sophisticated daripada itu.
(9)
Shopping - terpulang pada apa yang nak dicari di Jepun. Turun-turun New Chitose Airport, boleh pergi Rera Premium Outlet. Bila dah settle down sikit, boleh shopping di area Sapporo Station (Apia, Esta, Paseo, Stellar Place, Yodobashi, Bic Camera...)
(10)
Jangan lupa survey macam mana jalan nak balik dari tempat tinggal ke New Chitose airport - nak naik train ke naik bus ke. Jangan lupa balik Malaysia.
===
Kesimpulan: Tiket flight (1k) + tempat tinggal (1k) + baju tebal (500) + Duit cash (1-2k) + pocket wifi jika perlu (100). Tu je yang penting.
Dan passport!
===
Dan yang paling penting: datang tempat orang jaga manner. Jangan loud sangat, tahulah kamu paling peramah di kampung.
Lepas makan buat apa? Clear meja. Jangan tinggal tempat menginap macam tongkang pecah expect orang lain bersihkan.
Jangan berak dalam bath tub! Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Jangan malukan negara. Kita marah bila pelancong China buat onar kat tempat kita, tapi bila pergi Jepun, 2 kali 5, tak ada manner, tak ada standard.
Sekian.