Thursday, 16 April 2015

Tips Melancong ke Tokyo - daripada perspektif pengeluar modal

Sebelum terbang:

1) Beli tiket flight dari KLIA2 ke Haneda Airport: waktu promosi kurang lebih RM1400 seorang.
2) Book apartment di website airbnb: Katakan apartmen yang muat 3 orang, boleh dapat lebih kurang RM200 satu malam. Saya cadangkan cari apartment berdekatan dengan stesen train JR Yamanote (google 'Yamanote Line').

Bagusnya sewa apartment macam ni selain sebab murah berbanding hotel, ialah boleh pakai dapur untuk masak, boleh jimat belanja makan.

Dah sampai Haneda airport:

1) Post luggage (google 'takuhaibin') sampai tempat tinggal: Y1500/pc (RM45/pc).
Sampai-sampai di arrival floor nanti, lepas immigration check etc., belok kanan ada kaunter untuk luggage delivery (JAL ABC). Jangan risau, staf di situ boleh berbahasa Inggeris. Dijamin sampai esok.

Tak nak post luggage pun tak apa, heret lah beg. Ok aje kalau tak berat.

2) Train: Beli SUICA card, Y3000/seorang (RM90), boleh pakai berhari-hari sampai kredit habis. SUICA card ni macam kad touch n go di Malaysia, jadi tak perlulah pening fikir pasal berapa harga tambang setiap kali naik train, dan tak perlu terkial-kial depan mesin tiket.

Kat mana nak beli? Sampai-sampai di arrival floor, lepas habis immigration check etc., pandang terus ke depan ada signboard monorel. Di situ juga ada kaunter beli ticket train. Kaunter orang pun ada, kaunter mesin pun ada.

Kalau ada kanak-kanak, boleh beritahu orang kaunter, sebab rate tambang train dia murah berbanding dewasa. SUICA card untuk kanak-kanak tak boleh beli dari kaunter mesin.

Dalam kes kami, pakai SUICA card hampir seminggu pusing satu Tokyo pun masih ada balance.

Kemudian, masa last day nak balik nanti, pergi balik ke kaunter beli card SUICA ni, pulangkan kad, dapat refund balik baki belum pakai + Y500 (RM15) setiap kad.

3) Makan: Y800-1000/seorang sekali makan luar (RM24-30). Mahal kan. kalau masak sendiri di apartment tak perlu hari-hari keluar duit sangat untuk makan. Beli saja beras di convinience store, lauk bawalah dari Malaysia yang paket-paket macam Brahims dan seumpama.

4) Belanja shopping: Depends!

5) Kalau nak pergi Disneysea Resort: 1 day pass, Y6900/adult (RM210), katakan tak nak beratur masa hari pergi, boleh beli online. (Refer website disneysea)

Tips:

1. Bawa cash Y80,000-100,000 (RM2400-3000) cukup untuk cover semua perbelanjaan seperti di atas, insyaAllah tak perlu pakai kad kredit. Mungkin berbaki.
2. Study train route di Tokyo sebelum pergi sana. Terutamanya JR Yamanote, JR Chuo. Train line lain kalau pandai naik, kira bonus lah. Untuk yang tak faham bahasa jepun jangan risau, dalam train ada announcement dalam bahasa Inggeris dan signboard dalam tulisan rumi.
3. Jangan lupa download apps 'Halal Navi', nanti senang nak cari makanan halal di Tokyo.
4. In case kalau terpaksa bermalam di hotel dalam airport Haneda, book awal-awal sebelum terbang, ada diskaun, boleh dapat bawah Y10,000 (RM300) untuk satu malam.
5. Hotel lain yang lebih murah berdekatan airport ada, di terminal domestik Haneda airport. TAPI.. hotel kapsul.
6. Yang terbaik sebenarnya sampai airport waktu pagi, jadi sampai-sampai boleh terus jalan, tak perlu bermalam di airport.

Ni website untuk panduan tempat melancong di sana:-
http://www.japan-guide.com/e/e2164.html
http://www.gotokyo.org/en/

Website Haneda airport, study sebelum sampai sana:-
http://www.haneda-airport.jp/inter/en/

Ni panduan untuk naik train supaya sampai ke destinasi:-
http://www.jreast.co.jp/e/destinations/tokyo/index.html
http://www.jreast.co.jp/e/destinations/tokyo/areaguide.html

Dalam kes saya, 3 beranak bercuti di Tokyo selama 6 malam, belanja termasuk shopping, cash dalam tangan masih berbaki, hutang credit card pun tak ada. Alhamdulillah.

Dapat tengok sendiri cara hidup dan gaya hidup orang Jepun di Tokyo, serba pantas, serba efisyen, servis pelanggan yang tip top, pengangkutan awam yang menepati masa, tengok sendiri macam mana gigih salarymen berjuang di bandar metropolitan yang 'tiada belas kasihan', kegilaan orang-orang muda, adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang.

advertlets

nuffnang