Thursday, 10 December 2015

Owner's review - Peugeot 308 VTi 2009 (2nd year)

Tahun kedua pakai kereta Peugeot 308 Vti model 2009, beli 2nd hand, so far so good, syukur tidak ada rosak yang major, walaupun adalah isu sikit-sikit, biasalah kereta pun bukan baru. Dah pakai 2 tahun (umur kereta sudah 6 tahun) jadi lebih faham tentang 'karakter' kereta ni, terutamanya dalam hal elektrikal.

Mari saya senaraikan satu per satu maintenance tahun ni, selain servis minyak enjin dan oil filter.

1. Bulb lampu brek belakang. Tukar bulb sahaja.
2. Bulb lampu depan. Tukar lagi. Suka betul kereta ni blow lampu.
3. Aircond tak sejuk. Topup gas, sejuk sekejap lepas berapa hari panas balik. Sampai 2 kali topup, still sama. Ini mesti ada leaking kat mana-mana. Hantar bengkel, check punya check, buka dashboard, confirm cooling coil bocor. Lepas tukar baru kembali normal.

Tapi cerita tak habis lagi. Selang berapa hari, aircond mula buat perangai sekejap sejuk, sekejap panas. Ingatkan kipas radiator problem. Hantar bengkel, check check, OK confirm aircond pressure switch kena tukar. Damage rm150. Lepas tu aircond sejuk walaupun baru start kereta!

Tapi satu benda tentang repair aircond Peugeot - MESTI hantar bengkel yang specialized dalam repair Peugeot. Kerja buka dashboard tu agak rumit, dan Peugeot ni banyak bahagian elektronik yang sensitif (read BSI). Jangan sampai kereta jadi bahan eksperimen mekanik tak bertauliah.

4. Coolant fluid leaking. Check engine oil, temperature masa enjin on pun ok, tak overheat. Dua tiga malam google punya google, mungkin hose leaking, mungkin expansion tank crack, mungkin cap, mungkin head gasket sudah gone (!) tiba-tiba terserempak dengan produk bernama 'k-seal', claim boleh repair masalah coolant leaking ni. Masa tu saya fikir, kalau produk ni autah je, barulah repair betul-betul: tukar tank ke hose ke top overhaul ke (minta jauh). Result selepas pakai k-seal? Coolant level maintain!! Sampai hari ini pun coolant tak kurang lagi. Since dah ok, coolant tak bocor lagi, malas dah nak fikir lagi.

Jadi tahun kedua ni ada sedikit drama, namun kebanyakannya dapat ditangani. Total kos repair tahun ni - bulb lampu, repair aircond, aircon pressure switch dan 'k-seal' - dalam RM2000, atau kalau dipuratakan, lebih kurang RM166 sebulan. Sehingga hari ini Peugeot 308 masih gagah berlegar di sekitar Lembah Klang.

Plan selepas ini ialah tukar ATF dan tayar baru.

Saya perasan kereta Peugeot ni kita tak boleh drive lasak-lasak. Mesti gentle dan relax. Sudden acceleration, stuck dalam heavy traffic jam dalam jangkamasa lama, jemur kereta bawah matahari Malaysia, ini semua boleh mengganggu hormon singa.

Saya fikir tips paling penting sebagai owner Peugeot ialah, pertama: kenali kereta anda luaran dan dalaman, hardware dan software. Dan kedua, mesti ada workshop Peugeot yang reliable berhampiran tempat tinggal anda. Ada dua perkara ni, singa anda akan mengaum untuk jangkamasa yang lama.

Oleh kerana tidak semua orang mempunyai masa untuk study tentang kereta, dan tidak semua orang tinggal hampir dengan workshop Peugeot yang boleh diagnosis masalah dengan komputer, maka atas sebab itu saya berpendapat ia bukan kereta yang direka untuk 'semua orang'. Typical continential car. On top of that, it's a french car. Haha.

Sekian.

Wednesday, 14 October 2015

Proton Saga 2016

Selepas pelancaran Proton Iriz, ada berita yang berbunyi bahawa Proton akan mengeluarkan model baru Proton Saga, Persona dan Perdana pada tahun 2016.

Kalaulah Proton Saga atau Proton Persona carry over 100% design depan Iriz, interior pun ikut Iriz, design belakang mantap, kualiti material bagus, saya fikir Proton boleh jual. Carry over mana-mana part yang boleh daripada Iriz, cuma kali ni kereta bentuk sedan, tapi jangan sampai jadi bentuk dugong!! Boot space mahu ada at least 400L. 

Kalau tanya saya lah, Proton ni yang paling merisaukan ialah design belakang. Contoh, design belakang Preve. Apalah yang difikirkan sampai lampu jadi tinggi macam tu, lepas tu bentuk empat segi sahaja.

Dengan enjin baru (bukan lagi Campro membazir petrol) yang setakat ni saya baca-baca dari komen owner Iriz sendiri dalam Facebook, ramai yang agak berpuas hati dengan fuel consumption. Jadi saya fikir Proton telah selesai salah satu daripada beberapa masalah typical Proton, iaitu berkenaan fuel consumption.

Yang still tak ok, dalam hal transmission. CVT bising, transmisi manual pula gear feel tak cukup sporty. 

Kesimpulan
1. Exterior dan interior boleh carry over dari Iriz (jimat kos production). Tapi design belakang jangan 'hampeh', atau separuh siap, macam belakang Preve. Lebih baik design 'selamat' daripada kreatif tak menjadi.

2. Enjin baru yang jimat minyak dan cukup berkuasa untuk pemanduan harian. 

3. Handling Proton tak payah komen lah.

4. Transmisi mesti improve lagi. Mesti sangat-sangat! CVT bising.

Thursday, 16 April 2015

Tips Melancong ke Tokyo - daripada perspektif pengeluar modal

Sebelum terbang:

1) Beli tiket flight dari KLIA2 ke Haneda Airport: waktu promosi kurang lebih RM1400 seorang.
2) Book apartment di website airbnb: Katakan apartmen yang muat 3 orang, boleh dapat lebih kurang RM200 satu malam. Saya cadangkan cari apartment berdekatan dengan stesen train JR Yamanote (google 'Yamanote Line').

Bagusnya sewa apartment macam ni selain sebab murah berbanding hotel, ialah boleh pakai dapur untuk masak, boleh jimat belanja makan.

Dah sampai Haneda airport:

1) Post luggage (google 'takuhaibin') sampai tempat tinggal: Y1500/pc (RM45/pc).
Sampai-sampai di arrival floor nanti, lepas immigration check etc., belok kanan ada kaunter untuk luggage delivery (JAL ABC). Jangan risau, staf di situ boleh berbahasa Inggeris. Dijamin sampai esok.

Tak nak post luggage pun tak apa, heret lah beg. Ok aje kalau tak berat.

2) Train: Beli SUICA card, Y3000/seorang (RM90), boleh pakai berhari-hari sampai kredit habis. SUICA card ni macam kad touch n go di Malaysia, jadi tak perlulah pening fikir pasal berapa harga tambang setiap kali naik train, dan tak perlu terkial-kial depan mesin tiket.

Kat mana nak beli? Sampai-sampai di arrival floor, lepas habis immigration check etc., pandang terus ke depan ada signboard monorel. Di situ juga ada kaunter beli ticket train. Kaunter orang pun ada, kaunter mesin pun ada.

Kalau ada kanak-kanak, boleh beritahu orang kaunter, sebab rate tambang train dia murah berbanding dewasa. SUICA card untuk kanak-kanak tak boleh beli dari kaunter mesin.

Dalam kes kami, pakai SUICA card hampir seminggu pusing satu Tokyo pun masih ada balance.

Kemudian, masa last day nak balik nanti, pergi balik ke kaunter beli card SUICA ni, pulangkan kad, dapat refund balik baki belum pakai + Y500 (RM15) setiap kad.

3) Makan: Y800-1000/seorang sekali makan luar (RM24-30). Mahal kan. kalau masak sendiri di apartment tak perlu hari-hari keluar duit sangat untuk makan. Beli saja beras di convinience store, lauk bawalah dari Malaysia yang paket-paket macam Brahims dan seumpama.

4) Belanja shopping: Depends!

5) Kalau nak pergi Disneysea Resort: 1 day pass, Y6900/adult (RM210), katakan tak nak beratur masa hari pergi, boleh beli online. (Refer website disneysea)

Tips:

1. Bawa cash Y80,000-100,000 (RM2400-3000) cukup untuk cover semua perbelanjaan seperti di atas, insyaAllah tak perlu pakai kad kredit. Mungkin berbaki.
2. Study train route di Tokyo sebelum pergi sana. Terutamanya JR Yamanote, JR Chuo. Train line lain kalau pandai naik, kira bonus lah. Untuk yang tak faham bahasa jepun jangan risau, dalam train ada announcement dalam bahasa Inggeris dan signboard dalam tulisan rumi.
3. Jangan lupa download apps 'Halal Navi', nanti senang nak cari makanan halal di Tokyo.
4. In case kalau terpaksa bermalam di hotel dalam airport Haneda, book awal-awal sebelum terbang, ada diskaun, boleh dapat bawah Y10,000 (RM300) untuk satu malam.
5. Hotel lain yang lebih murah berdekatan airport ada, di terminal domestik Haneda airport. TAPI.. hotel kapsul.
6. Yang terbaik sebenarnya sampai airport waktu pagi, jadi sampai-sampai boleh terus jalan, tak perlu bermalam di airport.

Ni website untuk panduan tempat melancong di sana:-
http://www.japan-guide.com/e/e2164.html
http://www.gotokyo.org/en/

Website Haneda airport, study sebelum sampai sana:-
http://www.haneda-airport.jp/inter/en/

Ni panduan untuk naik train supaya sampai ke destinasi:-
http://www.jreast.co.jp/e/destinations/tokyo/index.html
http://www.jreast.co.jp/e/destinations/tokyo/areaguide.html

Dalam kes saya, 3 beranak bercuti di Tokyo selama 6 malam, belanja termasuk shopping, cash dalam tangan masih berbaki, hutang credit card pun tak ada. Alhamdulillah.

Dapat tengok sendiri cara hidup dan gaya hidup orang Jepun di Tokyo, serba pantas, serba efisyen, servis pelanggan yang tip top, pengangkutan awam yang menepati masa, tengok sendiri macam mana gigih salarymen berjuang di bandar metropolitan yang 'tiada belas kasihan', kegilaan orang-orang muda, adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang.

advertlets

nuffnang