Lagi 8 tahun, Malaysia dijangka akan menjadi negara maju mengikut Wawasan 2020. Tapi nampak gayanya, belum ada rupa seperti ke arah negara maju. Suasana sosial masih belum seperti sebuah negara maju. Identiti kebangsaan masih kabur, tiap-tiap etnik hidup dalam partition masing-masing, masih buat tuntutan-tuntutan yang hanya untuk kepentingan etnik, alasannya: "hak kami termaktub dalam perlembagaan".
Maju bukan semestinya bermaksud mesti ada bangunan tertinggi, atau litar lumba, atau Proton, atau lebuhraya bertol di mana-mana.
Antara yang dimaksudkan sebagai maju merujuk kepada mentaliti dan rangka minda (mindset) rakyat, ke arah bersama-sama mendukung cita-cita menjadi negara maju.
Tanpa mindset yang betul, maka habis baik kerajaan cuma akan tumpu pada pembangunan infra semata-mata - lebih banyak kereta, lebih banyak bangunan besar dan tinggi, lebih banyak lebuhraya bertol, lebih banyak tandas berbayar.
Pelancong-pelancong luar negara mungkin takjub dengan bangunan hebat-hebat yang berjaya dibina oleh kerajaan dengan peruntukan besar, atau takjub dengan makanan tempatan yang berbagai, berkolestrol, bergula dan berminyak. Tapi apabila mereka kait dengan sikap dan mentaliti masyarakat secara umum, tak ada apa yang nak ditakjubkan, malah masih 'third world'.
Sampah masih dibaling ke longkang, atau diselit di celah kerusi, atau letak atas jalanraya. Sikap ketika memandu masih antara yang terburuk, belum boleh dinobatkan sebagai 'maju'. Lebih ramai orang mati atas jalanraya berbanding mati penyakit kronik.
Kelihatan tumpuan diberi kepada pembangunan infrastruktur jauh meninggalkan pembangunan mentaliti.
Apabila kita pergi ke Jepun, kita mungkin takjub dengan bangunan atau kebersihan, tapi yang lebih menakjubkan ialah sikap dan mentaliti rakyat yang sangat membantu ke arah menjadi negara maju.
Kalau di Jepun, '5S' sudah menjadi budaya termasuk dalam cara fikir, cara mengurus, cara menyelesai masalah. Kalau timbul suatu masalah, seboleh-boleh mereka nak cari 'root cause' dan kemudian 'permanent solution'. Tapi kita, masih di tampuk 5S ialah cara susun fail dan cara buang sampah.
Jepun maju sebab sikap dan mentaliti mereka membantu ke arah kemajuan. Kita orang melayu pun ada sikap-sikap yang bagus tapi ia bukan sikap yang kritikal untuk kemajuan. Contohnya, melayu terkenal dengan sifat rendah diri (humble), sifat ini semata tidak akan membawa orang Melayu kepada kemajuan.
Bila kita pergi ke Australia juga, kita mungkin takjub dengan keindahan alam, tapi lebih menakjubkan bila mereka mampu contohnya menyediakan pengguna-pengguna jalanraya yang berhemah dan sabar.
Jika rakyat bermentaliti bagus, negara akan bergerak maju hasil tangan rakyat itu sendiri tanpa perlu diawasi sepanjang masa, dan bukan semata sebab peruntukan kerajaan buat projek mega koridor sana sini.
Yang menggerakkan sebuah negara menjadi maju bukan semata infrastruktur hebat-hebat, tapi sikap dan mentaliti setiap individu dalam masyarakat yang membantu kemajuan. Satu jalan yang terbaik supaya kita dapat membentuk minda kelas satu atau mentaliti rakyat negara maju, ialah melalui pendidikan.
Sempena pelan transformasi pendidikan negara, ada bagusnya kerajaan membetulkan nawaitu dan kordinat hala tuju pendidikan, daripada bermain dengan statistik bilangan A - statistik yang tak berpijak di bumi nyata, kepada hasil yang sangat dekat dengan realiti, iaitu pembentukan sikap dan mentaliti.
Kalau sikap dan mentaliti betul, semua benda akan 'progress'. Kalau sikap dan mentaliti tak bagus, luaran nampak gempak tapi dalam kontang.
Few are those who see with their own eyes and feel with their own hearts. - Albert Einstein
Wednesday, 23 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
14 Lessons From Benjamin Franklin
Benjamin Franklin was a man of action. Over his lifetime, his curiosity and passion fueled a diverse range of interests. He was a writer (often using a pseudonym), publisher, diplomat, inventor and one of the Founding Fathers of the United States.
His inventions included the lightning rod, bifocals and the Franklin stove. Franklin was responsible for establishing the first public library, organizing fire fighters in Philadelphia, was one of the early supporters of mutual insurance and crossed the Atlantic eight times.
Self-development was a constant endeavor throughout his incredible life. Benjamin Franklin was clearly a man who knew how to get things done.
Read more: http://articles.businessinsider.com/2012-04-29/strategy/31460752_1_movers-and-shakers-action-benjamin-franklin
His inventions included the lightning rod, bifocals and the Franklin stove. Franklin was responsible for establishing the first public library, organizing fire fighters in Philadelphia, was one of the early supporters of mutual insurance and crossed the Atlantic eight times.
Self-development was a constant endeavor throughout his incredible life. Benjamin Franklin was clearly a man who knew how to get things done.
Read more: http://articles.businessinsider.com/2012-04-29/strategy/31460752_1_movers-and-shakers-action-benjamin-franklin
Subscribe to:
Posts (Atom)