Banyak review (termasuk Top Gear, Paultan, Driven etc.) yang puji handling Ford Focus.
Semalam saya berkesempatan uji pandu Ford Focus TDCi di PJ.
Exterior
Ada dua pilihan, sedan atau hatchback. Menurut kata sales consultant Ford, asal-asalnya cuma jual model hatchback, tapi sebab ada permintaan, sekarang dah ada model sedan. Saya pun fikir memang orang kita biasa akan pilih sedan berbanding hatchback sebab senang bila balik kampung.
Design bahagian depan nampak kemas dan simple. Design continental.
Bahagian belakang untuk model sedan, nampak biasa (boring?). Saya prefer design belakang untuk model hatchback, nampak sporty & "lain daripada kereta lain".
Bonet untuk model hatchback sebenarnya cukup luas, lebih luas daripada hatchback jenama kereta lain yang ada dalam pasaran. Tu belum tengok lagi bonet untuk Ford Focus model sedan. Boleh masuk dua orang dalam bonet.
Interior
Design dashboard nampak "biasa dan selamat", ada climate control - boleh set temperature -, 2-Din MP3, power adjustable driver seat - macam kereta mewah, kedudukan steering pun boleh adjust atas-bawah dan dekat-jauh. Material untuk dashboard pun jenis lembut macam getah, kalau terhantuk pun tak pengsan, tak macam kereta-kereta Jepun banyak plastik keras.
Seat belakang pun cukup luas untuk kaki, ada banyak compartment untuk letak barang kecil (handphone), ada hos aircond untuk seat belakang, jadi orang duduk belakang takkan rasa panas.
Performance
Ford Focus terkenal (sekurang-kurangnya di eropah, US) dengan handling. Steering memang sharp. Pemandu boleh tersenyum dan rasa nak memandu lagi dan lagi.
Suspension secara keseluruhannya selesa, langgar bump pun tak terkejut. Sesuai untuk menumpangkan orang lain naik.
Berkenaan enjin, ini kali pertama saya memandu kereta dengan enjin diesel. Dia punya pecutan (torque = 320Nm) bila lepas 2000rpm boleh rasa kecut perut. Sesuai untuk memotong kereta-kereta di jalan. Tekan aje pedal minyak, sekelip mata bye bye kereta lain.
Kesimpulan
Ford masih underrated di Malaysia. Dengan adanya model-model baru Ford Focus dan Ford Fiesta, diharap akan mengubah persepsi masyarakat supaya terbuka dengan brand lain.
Secara peribadi saya puas hati dengan pandu uji Ford Focus TDCi. Direct steering, torque 320Nm, plus praktikal (bonet luas, extra features yang selalunya ada dalam kereta mewah harga lebih RM200k).
Recommended untuk yang berkemampuan.
Model: Ford Focus 2.0 TDCi
Engine: 1997cc, 16-valve commonrail turbodiesel
Power: 135bhp
Torque: 341Nm
Acceleration: 0-100kmh 9.8sec
Gearbox: 6-speed auto, DSG double clutch
Safety: Airbags, ABS, EBD, ESP, TCS
Price: RM128k