Sunday, 10 October 2010

Islam di China


Menurut sejarah Islam, agama Islam telah sampai ke negara China sekitar 1400 tahun yang lalu yakni sebelum berlakunya proses penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Misi dakwah itu direncanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dengan menghantar beberapa orang sahabat ke negara China ini, di antaranya ialah Saad Abi Waqqas, Qais Bin Hudhafah, Urwah Bin Abi Uthman.

Hasil dari pendakwahan itu, telah melahirkan sebanyak 136 juta umat Islam yang terdapat di China pada hari ini. Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja.

Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di"rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian" namun "Allah itu Maha Mengetahui".

Dikupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali "bangsa Han" yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka daripada membakar "colok" untuk setanggi.

Link: Susur Galur Islam di China
Link: Kaligrafi Islam di China

advertlets

nuffnang