Dalam Islam ada dua perayaan utama, iaitu aidil fitri dan aidil adha. Sesetengah negara menggunakan ejaan eid ul fitr dan eid ul adha.
Beberapa hari lagi kita akan merayakan salah satu perayaan umat Islam iaitu aidil fitri.
Sambutan aidilfitri adalah simbolik menandakan berakhirnya tempoh ibadah berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Aidilfitri ialah hari kemenangan di mana manusia 'secara simbolik'nya telah kembali kepada fitrah (samada benar sekadar simbolik atau real, tergantung pada kadar usaha) setelah 'menahan diri' secara ritual daripada makan minum, dan secara actual iaitu daripada perkara-perkara yang sia-sia, di samping menambah aktiviti ibadah contohnya secara ritual membaca alquran untuk pahala huruf, dan secara actual 'memahami isi kandungan' supaya AlQuran benar-benar berfungsi sebagai petunjuk dalam hidup.
Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah kemudian ibu bapanya yang menjadikan dia yahudi atau nasrani. Put aside sekejap apa sebenarnya dimaksudkan dengan yahudi dan nasrani, yang penting apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'keadaan fitrah', supaya kita jelas apa expected outcome / result daripada ibadah puasa selama sebulan. Kalau tidak, imaginasi kita sahaja yang beranggapan kita 'telah berpuasa sepertimana yang disyariatkan'. Assumption.
Selain puasa sebulan ramadan, kita juga disunatkan puasa 6 hari dalam bulan syawal. Mereka yang berpuasa sebulan ramadan dan 6 hari syawal, seolah-olah berpuasa selama setahun (360 hari). Dalam erti kata lain, kalau puasa kita benar, karakter kita sepanjang tahun sehingga datang ramadan akan datang adalah karakter 'orang yang menahan diri'.
Karakter orang yang menahan diri ialah orang yang menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan memperbanyakkan ibadah pembaikan diri termasuk membaca AlQuran sebagai petunjuk (bukan sekadar pahala huruf).
Ritualnya (menahan diri daripada makan dan minum) cuma sebulan + 6 hari, tapi actualnya ( = penghayatan sebenarnya) sepanjang tahun.
Semoga kita antara orang yang meraikan erti sebenar hari kemenangan kembali kepada fitrah.
InsyaAllah.
*** Dalam bulan ramadan kita dianjurkan supaya perbanyakkan tadarus alquran. Maksud sebenar perkataan tadarus ialah 'mempelajari'. Mempelajari sudah tentu bermakna pembaca faham apa yang dibaca. Pun begitu membaca untuk pahala huruf kelihatan tak salah, cuma tak berapa mencapai matlamat sebenar 'tadarus'.
Few are those who see with their own eyes and feel with their own hearts. - Albert Einstein
Wednesday, 15 August 2012
Monday, 6 August 2012
10 Smart Things I've Learned from People Who Never Went to College
I grew up in an extended family of folks who for the most part didn’t attend college. Many of them were working full time before they left high school, and a few (like my father) went to night school after they’d already been working for a long time.
From an early age my perspective was steeped in wisdom from those who never went to college, but managed to live fulfilling lives just the same. Here are ten things they and others I’ve encountered along the way have taught me.
http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/08/02/ten-smart-things-ive-learned-from-people-who-never-went-to-college/
From an early age my perspective was steeped in wisdom from those who never went to college, but managed to live fulfilling lives just the same. Here are ten things they and others I’ve encountered along the way have taught me.
http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/08/02/ten-smart-things-ive-learned-from-people-who-never-went-to-college/
Wednesday, 1 August 2012
Puasa ramadan bukan semata berlapar
Berpuasa secara zahir kelihatan seperti ibadah 'tak makan dan tak minum'. Bila kita cerita dengan orang 'apa itu puasa' pun, kita highlight pada 'tak makan dan tak minum'. Padahal tak makan dan tak minum adalah pre-condition kepada berpuasa, bukan keseluruhan matlamat berpuasa.
Apabila kita terlalu fokus kepada perkara tak makan dan tak minum, maka hasil daripada aktiviti puasa ini ialah perut yang lapar dan turun berat badan. Bila tiba waktu berbuka puasa, ada yang makan berbuka seperti 10 hari kebulur tak makan.
Matlamat puasa sebenarnya supaya kita kembali kepada keadaan fitrah.
Ini matlamat sebenar puasa. Ini sebab utama kita memasukkan diri kita ke dalam pre-condition 'menahan diri daripada makan dan minum'.
Ini matlamat sebenar puasa. Ini sebab utama kita memasukkan diri kita ke dalam pre-condition 'menahan diri daripada makan dan minum'.
Ibarat macam kita nak pergi ambil exam. Persediaan minimum ialah alat tulis, pre-condition ialah mesti datang ke dewan peperiksaan pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah dan name tag. Kalau datang pakai baju casual tak dibenarkan ambil exam walaupun dah hafal semua sifir 2 sampai sifir 11. Tujuan masuk ke dalam bilik exam ialah untuk jawab soalan kemudian lulus, bukannya semata nak tayang uniform sekolah baru beli di Tesco.
Katakan otak kita berfungsi seperti CPU komputer. Dalam hari-hari biasa, otak kena allocate peratusan yang agak besar 'kapasiti CPU' untuk proses cerna makanan. Sebab tu kadang-kadang kita jadi sluggish bila lepas makan dan jadi malas berfikir yang berat-berat. Tapi bila kita tahan diri daripada makan dan minum, kita ada lebih kapasiti CPU otak untuk fokus kepada proses 'mengembalikan diri kepada fitrah'.
Sebab tu baca Quran dalam waktu puasa sangat signifikan dan sangat dianjurkan. Waktu puasa ni lah otak mudah cerna (digest) apa yang dibaca dalam Quran, yang mana pada bulan-bulan biasa kita jadi malas nak fikir yang susah-susah, dan ambil shortcut 'berserah saja pada manusia lain'.
Jelas baca Quran yang dianjurkan ni ialah baca dalam konteks baca yang sebenar, iaitu baca dan tahu maksud apa yang dibaca. Sama ada kita faham maksud dalam bahasa arab atau kita usaha untuk cari terjemahan dalam bahasa yang kita faham. Kalau perlu pemahaman dari sudut sejarah, maka perlu rujuk kepada pakar yang menghabiskan masa dan umur mereka mendalaminya.
Kalau dulu kita pun blur nak tanya ustaz soalan apa, balik-balik soalan stereotaip balik-balik bab fekah, bila kita buka Quran maka kita akan jumpa banyak persoalan yang selama ni kita ingat apa yang berlegar-legar dalam masyarakat itulah agama, padahal dalam Quran kata lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)