Being a mum of two toddlers now, I am very passionate in observing the development of my two boys (the eldest is now six years old and the youngest is two years old). I firmly believe that it’s a parent's job to encourage their children towards creative thinking and confidence.
I was fortunate to have the experience of raising my two boys abroad, when I was furthering my studies in Britain. As far as the British education system is concerned, the approach is to instil the concept of fun learning via exploration. Schooling starts at the age of five, hence my boy went to school when he reached five years old. He gained some advantages when he was schooling in Britain, apart from the language advantage – yes, he managed to converse fluently in English and with full confidence after two months of schooling.
At school, the teachers encouraged students to present in front of their friends, for example, to share a story about their favourite toys, what they did during the weekend, their holidays, etc
Full article here
Few are those who see with their own eyes and feel with their own hearts. - Albert Einstein
Tuesday, 11 October 2011
Friday, 7 October 2011
Steve Jobs, 1955 - 2011
Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.
—Stanford Commencement Speech, 2005
—Stanford Commencement Speech, 2005
Tentang hukum hudud
Hukum Islam itu luas dan sebahagian kecil daripadanya telah dikenalpasti dan diistilahkan oleh ahli fekah sebagai "hudud".
Hudud ialah istilah untuk hukum yang kadar pelaksanaannya sudah tetap (fixed) dengan jelas dalam AlQuran. Suka diingatkan lagi, hudud itu sebahagian daripada hukum Islam (hukum hudud adalah subset kepada hukum Islam) dan bukan 'keseluruhan hukum Islam' (hukum Islam sebenarnya sangat luas).
Jika reaksi kepada keputusan samada mahu atau tidak menegakkan hudud boleh mengklasifikasikan manusia kepada beriman, kafir, munafik atau fasik.. cabang-cabang lain yang ada dalam hukum Islam juga boleh menjadikan orang itu beriman, kafir, munafik atau fasik. Bukan hukum hudud sahaja.
Jika tidak melaksanakan hudud boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik, tidak melaksanakan pendidikan yang berasaskan tauhid juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.
Tidak melaksanakan sistem ekonomi yang bebas daripada unsur riba (walaupun berlabel islamik) juga boleh menjadikan manusia itu kafir, munafik dan fasik.
Tidak melaksanakan politik yang bersih daripada rasuah, salahguna kuasa juga boleh menjerumus manusia ke arah kafir, munafik dan fasik.
Dalam hal melaksana ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat pun manusia boleh terbahagi kepada beriman, kafir, munafik dan fasik.
Pendek kata, tidak melaksanakan mana-mana bahagian pun dalam hukum Islam (bukan hanya hudud sahaja) boleh mengklasifikasikan manusia kepada kafir, munafik dan fasik.
Dalam konteks sebuah negara, ada cabang-cabang hukum Islam selain hudud yang perlu didahulukan.
Bila cabang-cabang hukum Islam yang lebih kritikal dilaksanakan, hasilnya semua orang dididik dengan baik dan mempunyai akal dan tindakan waras sesuai sebagai seorang manusia, mempunyai kemampuan kewangan, cukup bekalan makan minum yang halal dan baik, lelaki menghormati wanita, wanita menjaga maruahnya, semua orang bersatu, tolong-menolong sebagai saudara, barulah kemudian hudud dikemuka untuk dilaksana, not the other way around.
Ada orang dakwa dengan melaksana hudud, kadar jenayah akan berkurangan, sebab orang akan takut buat jenayah. (Fear)
Kita boleh lihat real sample di negara-negara muslim yang lain, di mana hudud dilaksana dalam keadaan masyarakat bergelora, pendidikan tak sempurna, kewangan tak stabil, inflasi melambung, hutang bertimbun dan subsidi tak mencukupi, hasilnya hudud tak juga menyelesaikan masalah masyarakat, malah ada kes, hudud terdedah kepada salahguna oleh segelintir manusia yang meletakkan 'kuasa Tuhan' di tangan mereka.
Salahguna hudud ni kemudian dimanipulasi oleh barat untuk dakwa Islam ni semata-mata kerjanya nak menghukum orang, dan hukumannya kejam. Orang Islam, yang konon berniat baik kepada agamanya telah mencemar dengan tangan sendiri.
Dalam konteks tempatan, kita ada hukuman gantung mandatori untuk kesalahan mengedar dadah, dan hukum penjara 20 tahun dan sebat untuk pesalah rogol, tapi realitinya masih ada orang yang kerjanya hisap dadah dan hobinya merogol. Hukuman berat semata tak menyelesaikan masalah yang sebenar (the real problem).
Kita menghargai usaha untuk melaksanakan hudud, cumanya reaksi sebahagian muslim bila isu hudud ini dibawa ke tengah, seolah-olah "hudud" adalah keseluruhan perjuangan menegakkan "hukum Islam". Banyak lagi cabang hukum Islam lain yang WAJIB dilaksana, dan jika tidak dilaksana akan berhadapan risiko kafir, munafik dan fasik. Bukan hudud sahaja.
Ibarat kalau dalam matematik, mula-mula kena kira nombor dalam kurungan dulu, kemudian operasi darab atau bahagi dahulu, kemudian baru tambah dan tolak. Not the other way around. Semangat saja tak cukup untuk mencapai penyelesaian kalau jalan kerja berterabur. Akhirnya dapat markah kosong walaupun tulis berjela-jela 'macam boss'.
Niat nak laksana hukum tu dah bagus, tapi kenalah ikut tertib yang mana dulu yang mana kemudian.
Dan nak dijadikan cerita, hudud yang orang tengah bising-bising sekarang merujuk kepada hudud yang disusun selia oleh ahli fekah, bukan merujuk kepada terminologi 'hudud' dalam Quran. Hudud dalam Quran merujuk kepada had, limit, batas dalam tindakan (tak semestinya jenayah). Istilah 'hudud' yang orang bergaduh sesama sendiri sekarang ni difahami sebagai 'hukuman ke atas jenayah' / punishment.
Sebab tu yang terbayang dalam benak mereka bila sebut perkataan hudud ialah pancung dan potong tangan, padahal bukan itu maksud AlQuran.
Memahamkan setengah golongan masyarakat muslim tentang realiti hudud bukan mudah, sebab bila sebut saja perkataan hudud, terus tak mahu fikir secara objektif, terus reasoning ability switched off.
(Pendapat tokoh agama di sini)
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.
Lalu baginda membaca firman ALLAH: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya ALLAH mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Tuesday, 4 October 2011
Cabaran mendidik anak
Mukadimah
AlQuran diturunkan sebagai "petunjuk", salah satu hikmah ialah kandungannya sesuai diadaptasi dalam pelbagai situasi zaman. Kalau kita baca kisah-kisah sejarah dalam AlQuran pun kita dapat lihat walaupun manusia melalui pelbagai jenis zaman dan sistem masyarakat, tapi fundamental kepada masalah utama (problem), punca sebab (root cause) dan solusinya (permanent solution) tetap konsisten.
Jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" bukan "petunjuk", manusia tak ada pilihan selain melaksana satu jenis corak pelaksanaan sahaja. Hasilnya, manusia bukan lagi manusia, tetapi robot yang telah dipattern dengan program yang sama.
Contohnya, jika AlQuran kata semua kena pakai lebai, maka semua orang kena jadi lebai, tidak ada orang Melayu, Cina atau India, Pinoy dan sebagainya. Itu jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan".
Hakikatnya Tuhan mencipta manusia dengan bermacam-macam kepelbagaian budaya, pola fikir dan suasana masyarakat. Yang penting adaptasi kandungan AlQuran mesti bersesuaian dengan 'bismillah ar-rahman ar-rahim'. Iaitu kita melaksana perintah Allah sebagai hambaNya bersesuaian dengan sifat pemurah dan penyayang (compassionate and merciful).
Atau, jika AlQuran diturunkan sebagai "jawapan muktamad" untuk menerangkan seluruh fenomena yang ada di langit dan bumi, nescaya ia tak dapat dimuat sebagai kitab berjumlah 6,236 ayat. Ada kebarangkalian manusia akan ambil alasan ini untuk langsung tak baca dan ambil pelajaran. Sebab terlalu tebal.
Itu antara hikmah kenapa AlQuran diturunkan sebagai petunjuk, supaya manusia menggunakan kepala otak mereka untuk cari sendiri penemuan (discovery) berdasarkan petunjuk yang diberi.
Mendidik anak mengikut zaman
Zaman dulu, keadaan kondusif untuk mempunyai ibu bapa dan cikgu yang garang. Halaman rumah terbentang luas tanpa pagar, sungai tidak tercemar, jiran-jiran menjadi mata-mata, tak ada hasutan TV, hiburan, dan gajet elektronik. Hidup mudah dan masa bergerak perlahan (mungkin).
Dalam masa 2-3 dekad sahaja, sistem masyarakat berubah dengan drastik. Rumah dibatasi oleh pagar, sungai dan udara semakin tercemar, ada penculik, perompak berparang, perogol bersiri di mana-mana, TV, drama, filem, media dengan berkesan memprogram otak manusia supaya bertindak ganas & kejam. Bayi tak berdosa dibuang ke dalam longkang dan tong sampah.
Masa berlalu pantas sebab multitasking, kerja pejabat semakin sibuk. Aktiviti manusia didorong oleh sistem ekonomi duit kertas berasaskan riba. Hutang sudah menjadi trend normal.
Mendidik anak memerlukan pendekatan (approach) yang sesuai dengan cabaran / tantangan zaman. Anak-anak sekarang terdedah kepada persekitaran yang sudah tidak lagi memelihara prinsip-prinsip kemanusiaan walaupun yang asas. Muka bumi sudah menjadi "sekolah yang paling berbahaya" jika anak-anak tak dijelaskan cara untuk tangani.
Anak-anak mesti dijelas situasi yang berlaku dan bagaimana untuk membezakan. Kita tak boleh biarkan anak-anak menjadi mangsa situasi dengan alasan dah takdir zaman sekarang sudah macam ni.
Anak-anak mesti diasuh sebagai seorang manusia yang bertindak atas dasar rasional - bukan emosi walaupun berbunyi agama - dan kaedah pendidikan mesti mengambilkira keadaan zaman yang sudah berubah dan cabaran yang berbeza banding zaman dulu.
Dengan isu masyarakat yang semakin kompleks, ibu bapa tak mungkin dapat terangkan kesemua "do's and don'ts" yang ada dalam dunia ni, sebab tu fokus mendidik anak mesti kepada menghayati sifat dan sikap "adil" dalam semua perkara dan tindakan.
Adil = meletakkan segala sesuatu pada tempat yang sewajarnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)