Monday, 25 July 2011

Duit yang sebenar

Zaman ini zaman duit,
Tak ada duit diri tersepit,
Tapi jangan jadi hamba duit,
Kelak musnah diri sendiri..

Duit, Duit

- lirik "Duit", M.Nasir

Zaman duit
Kita hidup dalam zaman semua benda dinilai berdasarkan nilai duit. Ramai orang pergi ke sekolah, dengan harapan "untuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat". Apabila mereka habis sekolah, habis belajar di IPT dan masuk ke alam pekerjaan, mereka dinilai berjaya atau tidak berdasarkan berapa gaji diterima.

Kalau dapat gaji tinggi, mereka akan dipandang tinggi, walaupun kerjanya mungkin tak seberapa. Sebaliknya kalau dapat gaji rendah (ciput) walaupun kerja bagai nak rak, ataupun kerja mulia, mereka dipandang rendah.

Bila datang reunion dengan membawa kereta murah buatan tempatan, berbanding kawan-kawan lain kalau ada yang membawa kereta mahal. Orang yang bawa kereta murah dianggap tidak berjaya kerana nilai duit rendah.

Dulu ramai orang berhijrah ke bandar sebab nak dapat kerja yang boleh beri duit. Orang kampung pandang tinggi kalau hijrah ke bandar kemudian dapat kerja yang dapat duit tiap-tiap bulan. Sekarang gaji RM4000-5000 pun belum tentu dapat hidup sederhana di bandar.

Dulu orang pandang sebelah mata kalau buat kerja pertanian sebab dikatakan tak mampu generate duit yang banyak macam kerja pejabat di bandar. Sekarang ada orang berkecimpung dalam pertanian dan mampu jana pendapatan sampai lima angka. Orang ramai mula pandang tinggi pada pertanian. Sebab boleh buat duit.

Orang pandang tinggi bila kita ada banyak duit, tapi pandang sebelah mata bila tak banyak duit.

Ini hakikat mentaliti orang kebanyakan tentang duit, bukan niat nak mengutuk, tapi kena faham realiti supaya tindakan kita berpijak di bumi nyata tidak berbunyi terlalu idealistik.

Nilai duit semakin merosot
Bagi orang kebanyakan ada yang beranggapan harga barang semakin mahal kerana permintaan semakin tinggi berbanding supply. Sebenarnya harga barang semakin mahal kerana nilai duit semakin merosot. Nilai duit semakin merosot antara sebab kerana kegiatan spekulasi dan sistem perbankan berdasarkan interest.

Ada pihak sengaja menaikkan harga sebab nak dapat untung lebih banyak. Dengan untung lebih banyak tu, boleh bayar loan yang mereka pinjam untuk buka perniagaan atau untuk beli liabiliti. Atau untuk beli barang / harta yang semakin mahal kerana spekulasi harga komoditi / bahan binaan naik. Harga-harga komoditi / bahan mentah ini ditentukan oleh sistem ekonomi yang sangat terbuka kepada eksploitasi.

Jadi dakwaan harga barang naik kerana permintaan tinggi adalah satu mitos yang direka untuk meredakan emosi orang ramai. Satu lagi mitos rekaan ialah istilah-istilah ekonomi yang menyusahkan dan complicated dengan niat untuk menghindari orang ramai daripada berfikir tentang realiti sistem ekonomi, dengan cara itu mengaburi eksploitasi sistem ekonomi daripada diketahui orang ramai.

Jadi zaman sekarang, duit kertas bukan lagi duit, ia sudah menjadi permainan (money game).

Disebabkan nilai duit semakin merosot, dan orang ramai terpaksa berhempas pulas untuk lepasi belanja bulanan, maka ramai yang bekerja bukan kerana passion, tapi sebab jadi hamba duit. Ada orang sampai ke tahap, apa saja yang mampu menghasilkan duit - sembah, sembah. Walaupun kerja haram.

Duit sudah menjadi sembahan.

Tuesday, 5 July 2011

Islam bukan agama 1400 tahun

Islam - total submission to only one God. 

Wahyu 2.4

Satu perkara yang jarang diperdengarkan kepada kita samada melalui khutbah, program TV, penulisan keagamaan, perbincangan ialah - Islam yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW bukanlah satu agama baru berusia 1400 tahun, tetapi sebenarnya membenarkan mesej Islam (termasuk yang terdapat dalam Yahudi dan Nasrani) yang pernah disampaikan sepanjang puluhan ribu tahun, mungkin beratus ribu tahun sejarah manusia oleh rasul-rasul sebelum baginda.

Dan AlQuran yang diturunkan semasa zaman Muhammad SAW antara tujuannya ialah sebagai rujukan untuk membeza yang mana ajaran Islam yang asli, dan yang mana tokok tambah mengatas namakan agama.

Tokok tambah mengatas nama agama ini menyebabkan manusia menyimpang dari tujuan asal agama. Sebahagian nilai-nilai Islam yang telah disampaikan oleh rasul-rasul sebelum Rasulullah mungkin masih survive hingga ke hari ini dalam bentuk budaya kaum, falsafah, ilmu pengetahuan dan agama rekaan.

Oleh itu AlQuran tidak pernah menafikan "nilai-nilai Islam" yang telah pun sampai kepada manusia sebelum AlQuran diturunkan.

Sebab itu AlQuran sarat dengan kisah-kisah rasul dan orang soleh sebelum kedatangan Rasulullah. Kerana semua itu adalah termasuk perjuangan Islam.

Disampaikan terdapat kira-kira 313 orang rasul dan 124,000 orang nabi yang telah menyebarkan mesej Islam kepada pelbagai jenis kaum dalam pelbagai jenis bahasa yang tidak semestinya dalam bahasa arab. Menunjukkan betapa universalnya "Islam yang sebenar".

Di antara rasul-rasul yang menyampaikan mesej Islam sebelum baginda Rasulullah, termasuklah Adam, Sulaiman (Solomon), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Isa (Jesus). Dan Rasul-rasul ini dikongsi bersama oleh agama Yahudi dan Nasrani yang pada hakikatnya adalah agama samawi (agama langit), ialah agama Islam ("Islam" = berserah diri kepada Tuhan yang satu).

Cumanya yang menjadi isu bilamana penganut Yahudi mendakwa agama hanya hak eksklusif orang Yahudi, 'kaum pilihan Tuhan' (the chosen people), manakala penganut Nasrani menyekutukan Allah dengan Jesus sebagai anakNya (Son of God).

Selain daripada dakwaan-dakwaan (the chosen people, son of God) di atas, isi dan intipati ajaran dalam agama Yahudi, Nasrani dan Islam setelah AlQuran diturunkan menuju kepada matlamat yang sama, iaitu berserah diri kepada Tuhan yang satu.

Malah kalau kita baca sirah Rasulullah, orang beriman pernah berkongsi kiblat solat bersama orang Yahudi, kemudian setelah mendapat tentangan keras oleh orang Yahudi yang sombong, maka turunlah wahyu supaya kiblat orang beriman ditukar ke arah Kaabah.

Orang Nasrani pula bertegas dengan fahaman (triniti) yang diambil bulat-bulat daripada terjemahan literal. Padahal dalam bahasa ibunda Nabi Isa as, son of God bermaksud hamba Tuhan, oleh itu sesiapa saja termasuk sahabat-sahabat Nabi Isa juga son of God, atau children of God = hamba Tuhan. Bukan Nabi Isa seorang sahaja.

Zaman ini seolah wujud satu jenis fahaman bahawa Allah ialah "Tuhan orang Islam sahaja". Seolah di akhirat nanti, orang Yahudi naik tingkat satu jumpa dengan Tuhan Yahweh, orang Nasrani naik tingkat dua jumpa Lord father dan tuhan Jesus, orang Buddha naik tingkat tiga jumpa dengan Gautama Buddha sedang duduk bersila. Dan sebagainya.

Padahal kita semua akan dihimpun di atas padang yang sama, tidak kira orang itu keturunan arab, melayu, cina, Islam, nasrani, yahudi, buddha, hindu, dihisab secara adil, dan akan bertemu Tuhan yang sama.

Apa jua kebaikan atau kebenaran yang wujud di atas muka bumi datang daripada sumber yang satu walaupun kita temunya pada tempat-tempat yang tak disangka, tak mungkin datang daripada sumber atau entiti lain, apatah lagi dari manusia. Yang jadi ralat, manusia ambil kebenaran itu kemudian modify / campur aduk hingga ia berubah dari rupa asal sampai kita tak sampai hati untuk nyatakan ia datang dari Tuhan yang satu.

Takkanlah bila hujan turun kepada orang Islam, maka ia rezeki daripada Allah (The God), tapi bila ia turun kepada orang lain, maka ia datang daripada Jesus, Buddha atau Zeus. Tak masuk akal.

Tuhan seluruh alam itu hanya satu, tapi kita pula berebut nama Allah ("The God" dalam bahasa arab).

advertlets

nuffnang