Saya ingin berkongsi salah satu berita besar yang bakal berlaku pada masa depan, iaitu krisis kekurangan bekalan makanan. Kerajaan Malaysia juga dikatakan turut bersiap sedia menghadapi krisis makanan yang bakal berlaku pada tahun 2030. Link untuk bacaan lanjut di sini.
Manusia ni macam mana pun mesti nak makan. Tak namanya manusia kalau tak makan. Dan tak ada manusia tak pernah tak makan. Mesti makan.
Jadi, ada baiknya kita belajar bercucuk tanam atau menternak, bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan pada masa akan datang, atau sekurang-kurangnya meringankan beban perbelanjaan.
Contoh beberapa jenis sayuran yang sesuai ditanam di halaman rumah:-
1. Sawi
2. Cili
3. Terung bulat
4. Terung panjang
5. Kacang panjang
6. Kacang tanah
7. Jagung
8. Kangkung
9. Bendi
10. Ubi kayu
11. Tomato
Contoh cadangan lain di sini dan sini. Kalau ada tanah seluas kebun lagi bagus.
Minggu lepas saya berkesempatan ke MAHA 2010 melihat sendiri jenis tanaman dan produk pertanian dari dalam dan luar negara. Dalam konteks sebuah negara, pertanian adalah antara sektor paling penting kerana ia melibatkan bekalan makanan kepada rakyat dan penyumbang kepada ekonomi.
Pertanian sekarang sudah jadi industri yang menjana pendapatan lumayan, tak macam dulu lagi.