Proton Iriz 1.3 Executive 5MT
Dalam kabin senyap, insulation yang baik, tetapi saya perasan bunyi enjin tidak berapa enak..kereta pandu uji ni je kot (??).
Pedal clutch ringan, tak perlu pijak kuat, sesuai kalau kena pandu dalam traffic jam pun, pada pendapat saya, tak memenatkan. Release clutch pun tak tinggi sangat.
Gear manual Iriz ni biasa-biasa sahaja pada saya. Memuaskan, cuma untuk rasa pemanduan lebih sporty saya lebih suka shift pendek yang bila masuk gear tu rasa padu, padat, "mechanical".
Steering ringan - EPS - sesuai untuk pemanduan dalam bandar. Tak perlu banyak usaha. Saiz steering pun sedang elok, pusing dengan sebelah tangan pun tak rasa macam ukurlilit besar. Ala-ala sporty lah.
Ride & handling pada saya memang tidak syak lagi Proton, sangat baik. Kereta ni akan pergi saja mengikut ke arah mana ia dihala. Stabil, tak ada rasa membuang, bila corner pun tak ada body roll yang ketara. Bila langgar bonggol pun tak rasa macam nak tercabut buah pinggang. Setengah kereta bila dah tune ke arah sporty, rasa macam langsung tak ada absorber, bukan setakat buah pinggang, pankreas pun boleh tertanggal bila langgar bonggol atau jalan tak rata.
Saya pandu uji pun jalan yang halaju bandar jadi itu sajalah yang saya boleh komen. Tapi untuk kereta berharga bawah RM50k dapat handling baik macam ni, agak berbaloi (provided enjin tak buat masalah).
Dari segi design luaran, saya bagi satu kali tabik spring. Yang terbaik setakat ni dari Proton.
Ford Fiesta 1.0 EcoBoost
(Update @ 9th Jan, 2015)
Hari ni dapat pandu uji Ford Fiesta baru, 1.0 Ecoboost. Transmisi PowerShift dual clutch. Ok, dari mana nak mula. Macam ni rupanya 'class leading driver's car'. Steering ringan, diameter steering tak besar, sesuai untuk pemanduan sporty. Saya menulis dengan risiko akan ulang balik komen untuk Proton Iriz.
Jadi, 'tang' mana bezanya Iriz dengan Fiesta? Tak disangkal kedua-dua kereta memiliki handling yang menarik, seronok dipandu, bahagian hadapan yang ringan bermakna tak ada rasa 'membuang' bila ambil selekoh. Maknanya pada permulaan ambil selekoh (cornering) ada persamaan, bezanya ialah...
di pertengahan selekoh.
Bila Fiesta ambil selekoh, seolah-olah ada 'rotation' yang menghilangkan understeer. Benda 'sikit-sikit', yang subtle macam ini yang tak ada dalam kereta-kereta lain.
Kebetulan kereta yang saya pandu uji ni menggunakan enjin 1.0 Ecoboost, jadi tork dia agak menarik. Masa mula-mula tekan minyak, kereta bergerak, kemudian kita rasa macam enjin 1.0, ok tekan minyak lagi, tiba-tiba, turbo masuk, pick up terlebih. Ya, turbo lag. Sikit sahaja. Sikit tapi boleh perasan. Tork yang tinggi (berbanding kereta tak ada turbo) pada rpm rendah membantu dalam pemanduan dalam bandar. (Balik dari pandu uji, naik kereta sendiri - Peugeot 308 VTi - terasa beza kereta yang pick up baik dan pick up 'lembap'. haha).
Kesimpulan
Tak disangkal handling Ford Fiesta berada di atas dalam kalangan kereta-kereta sama kelas, bagaimanapun Proton Iriz tidak mengecewakan. Di Malaysia, Proton Iriz ada kelebihan dari segi harga, tapi dari segi 'feel' pertukaran gear manual, saya secara peribadi mengharapkan yang lebih baik. Yang lebih rasa 'sporty' (stroke pendek). Pun begitu, Proton Iriz boleh dikatakan model yang terbaik - terutamanya design exterior dan kualiti interior - setakat ni dari Proton. Tahniah.
Ford Fiesta walaupun lebih mahal sebab jenama import, untuk pemandu kereta yang mementingkan handling mantap memang takkan tersilap langkah kalau beli Ford Fiesta.
Kedua-dua kereta menggunakan electric power steering. Secara peribadi saya kurang gemar steering yang terlalu ringan. Tapi banyak kereta baru yang pakai electric power steering berbanding hidraulik.
Mana satu saya akan pilih?
Tak setuju tak apa. Saya pilih Iriz. Handling yang bagus dengan kelebihan dari segi harga dan design luaran yang menarik.
Saya akan pilih Fiesta kalau saya tidak mahu berkompromi dalam bab handling, dan sanggup bayar premium yang lebih tinggi.
Sekian.