Thursday, 22 August 2013

Review: Proton Suprima S

Minggu lepas saya berkesempatan melihat Proton Suprima dengan mata sendiri di showroom Proton Presint Diplomatik. Sebab selalunya kereta bila tengok dalam gambar tak sama macam tengok betul-betul.

Contohnya, lampu belakang Proton Suprima ada orang komen OK, ada orang komen kecil untuk kereta saiz macam tu. Jadi lebih baik kita tengok sendiri depan mata, baru boleh buat penilaian yang adil.

Keretanya diletak betul-betul depan kedai, berwarna biru, dengan bonet terbuka. Secara keseluruhannya, luaran nampak 'mantap', rapat tak ada gap besar. Kalau Proton zaman dulu-dulu kadang boleh nampak gap-gap besar, rongga antara pintu belakang dengan pintu depan, dengan fender, bumper macam tak rapat. Tapi dalam kes Proton Suprima, tak ada gap-gap itu, atau mungkin tak berapa ketara sangat.

Lampu belakang? Eh, Oklah cantik apa.

Dulu orang komplen body Proton lembik, macam tin milo, tekan sikit dah kemik. Tak selamat. Kalau eksiden mati macam ayam penyet. Tapi sekarang bukan lagi isu. Boleh kata body Proton Suprima ni keras setanding dengan kereta keluaran Jerman. Kalau tekan dengan jari, tak termasuk dalam. Bila buka tutup pintu pun, bunyi dia padat.

Masuk ke dalam bahagian penumpang belakang, luas dan selesa. Lutut tak cecah pun kerusi depan. Jadi Proton Suprima ni walaupun bentuk hatchback tapi sebenarnya tak kecil. Secara umumnya kalau nak tumpangkan orang lain pun tak adalah kita risau sempit ke tak selesa ke.

Duduk bahagian depan pula. Steering nampak sporty, dibalut dengan kulit. Ada paddle shift bergerak ikut pergerakan steering. Jadi masa cornering pun boleh tukar gear. Dashboard pun dibalut dengan material lembut, ringkas dan kemas.

Kemudian, kualiti plastik yang digunakan dalam kereta, secara peribadi 'boleh diterima' untuk "standard kereta-kereta pasaran Malaysia", tapi kalau mahu berjaya di pasaran luar negara wajib diperbaiki (Contohi interior peugeot kalau masih nak pakai plastik).

Kalau model Proton Saga, kita pun tahu memang kereta budget. Dashboard 100% plastik keras pun tak apa, kita tak pernah komplen. Memang bagus, supaya boleh jual murah pada harga bawah RM40k.

Tapi, Proton Suprima TAK MURAH, antara RM76k-79k. Malah, lebih mahal daripada Proton Preve. RM79k tu nak kata murah, sebenarnya tak murah, tapi belum capai RM100k, jadi macam mana? RM79k untuk sebuah 'perusahaan otomobil NASIONAL' aka Proton.

Proton mungkin claim harga macam ni sebab Suprima ni ada macam-macam features, ciri keselamatan.

Bila sebut "Proton", kita expect kereta yang mampu beli dan mampu pakai oleh "orang kebanyakan Malaysia". Mungkin untuk model Suprima ni Proton lebih fokus untuk pasaran luar negara yang mana sistem cukai dan kadar tukaran matawangnya lebih baik dan lebih mampu berbanding di Malaysia.

Enjin masih pakai enjin Campro, diturbokan. Jadi boleh expect minyak hanya jimat jika pusing litar bulat pada kelajuan 80km/j tanpa tekan brek. Dalam real world, siapa yang pakai Proton tahu lah.

Test drive tak dapat buat sebab hari kerja sahaja boleh. Sabtu Ahad tak boleh.

Adakah berbaloi beli? Saya fikir berbaloi kalau appreciate handling Lotus. TAPI, setengah orang kalau ada duit, tak beli Proton.

Sekian.

advertlets

nuffnang