Ada pendapat yang mengatakan bahawa tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Jadi orang ramai yang melalui sistem pendidikan Malaysia ada yang terkejut tak boleh terima sebab berbeza dengan apa yang dibaca dalam buku teks dan jawapan dalam peperiksaan.
Dari satu sudut, tanah Melayu memang tak dijajah British, sebab apa yang telah berlaku adalah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Iaitu, raja-raja Melayu akan mengurus hal-hal berkaitan adat dan agama orang Melayu, manakala British akan mengurus hal berkaitan pentadbiran dan ekonomi. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui.
Hanya di 3 tempat yang benar menjadi jajahan British iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sebab? Sebab tak ada raja. Atau tanah itu diberi oleh raja - samada diserah secara jujur atau tipu licik. Orang Melayu bernaung bawah raja. Raja mereka sudah sign agreement dengan British. Jadi orang Melayu yang duduk di bawah raja, terima sajalah.
Dan kita tahu British datang ke tanah Melayu ni sebab nak mengaut hasil bumi. Mereka ni pandai, datang ke sini kononnya nak bantu selesaikan masalah pergolakan antara orang Melayu dan bantu urus hal ekonomi. British nak tadbir ekonomi macam mana tu terpulanglah, janji ada 'masyuk' poket raja dan bangsawan pada masa tu.
Sepertimana apa yang sedang terjadi di negara-negara arab / timur tengah. Arab sama arab bergaduh, Barat deal dengan kalangan raja / pembesar tentang pelan ekonomi mereka, tentang berapa % masyuk poket masing-masing, bekalkan senjata atau pergi serang, diletak pemimpin-pemimpin boneka sambil kaut hasil minyak. Barat boleh kata mereka tak jajah, sebab pemimpin daripada kalangan tempatan masih ada.
Modus operandi sama saja. Cuma dulu kena pada kita, sekarang kena pada orang lain, sebab sekarang minyak penting untuk ekonomi kapitalis.
Berbalik ke cerita tanah Melayu, jadi kesan perjanjian (samada suka sama suka atau terpaksa sebab ugutan) antara raja-raja Melayu dan pihak British menyebabkan orang-orang biasa tertindas kerana cara pentadbiran British. Sudahlah hasil bumi diangkut keluar, dikenakan pula cukai yang menekan.
Orang-orang Cina dan India berbondong-bondong dibawa masuk oleh British ke tanah Melayu untuk tujuan kegiatan ekonomi. Mereka meninggalkan kampung halaman kononnya untuk masa depan yang cerah, rupanya sudah kena trick.
(Lepas tu askar Jepun pula datang, duduk sekejap 2-3 tahun di Tanah Melayu. Orang-orang biasa suffer lagi dengan cara Jepun tadbir dan mula angkat senjata untuk merdeka. Jepun kalah perang, dan British datang balik.)
Jadi dalam kalangan orang-orang biasa terdiri dari orang Melayu, orang Cina, orang India, ada yang berjuang menuntut kemerdekaan. Macam-macam kumpulan wujud dan masing-masing dengan cara dan ideologi / pemahaman tersendiri. Termasuklah yang menyertai komunis. Termasuklah Chin Peng dan rakan-rakan.
Dikatakan komunis Malaya percaya kepada perjuangan menggulingkan British + raja, barulah kuasa akan berada di tangan rakyat = merdeka secara mutlak. Dalam peristiwa Bukit Kepong, askar-askar komunis yang terdiri daripada orang Cina dan Melayu menembak mati polis-polis (British) yang terdiri daripada orang Melayu.
Orang-orang biasa rasa mereka telah lama dijajah dan ada yang mengangkat senjata, tapi raja-raja dan golongan bangsawan mula rasa 'dijajah' hanya apabila British bercadang untuk menubuhkan Malayan Union. Dengan penubuhan Malayan Union, raja-raja Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya.
Sebelum timbul Malayan Union, orang-orang biasa hidup di bawah perjanjian antara raja-raja Melayu dan pihak British. Disebabkan perjanjian ini orang-orang biasa hidup susah. Raja masih ada kuasa, cuma terhad. Secara teknikalnya tak dijajah. Semuanya sudah perjanjian.
Kurang lebih, macam kes TPPA. Tak perlu pun jajah Malaysia. Cuma perlu sign agreement dengan ke'raja'an Malaysia. Hasil ekonomi mereka kaut, ke'raja'an dan 'bangsawan' dapat keuntungan yang sedikit sesama mereka, akhirnya rakyat biasa yang akan tanggung kos. Bincang tentang TPPA pun senyap-senyap saja. Atas kertas semua nampak cantik seolah semua orang setuju walaupun tak diberitahu.
Hanya dalam kes jika kerajaan Malaysia diguling, dijatuhkan oleh kuasa asing, barulah itu namanya "dijajah".
Berbalik kepada cerita asal, jadi raja-raja dan bangsawan mulalah rasa tergugat kedudukan apabila British mahu memperkenalkan Malayan Union. Kemudian muncul perjuangan melalui UMNO.
British sedar tentang tentangan oleh orang-orang biasa menuntut kemerdekaan melalui pelbagai gerakan, jadi mereka cadangkan Malayan Union, tapi, raja-raja dan pembesar tak mahu hilang kuasa jadi berjuang melalui UMNO menuntut kemerdekaan.
British lebih senang berurusan dengan UMNO berbanding kumpulan yang menentang dengan bersenjata. Pendek cerita, kemerdekaan diserah kepada rakyat melalui UMNO, dengan syarat-syarat ditetapkan oleh British, termasuk menerima orang Cina dan India sebagai warganegara, dan perlembagaan.
Jadi apa ertinya 'kemerdekaan'? Kemerdekaan ialah peristiwa penyerahan kuasa daripada raja-raja Melayu kepada rakyat. Pada 31hb Ogos 1957, kuasa mentadbir diserahkan daripada raja kepada rakyat. Sebelum merdeka, kuasa di tangan raja yang 'dinasihat oleh British'.
Sebab tu goverment di Malaysia dipanggil 'kerajaan'. Sebab ia membawa sifat raja yang mempunyai kuasa mentadbir. Dan berkat hasil rundingan kemerdekaan tanpa perang antara British dan UMNO ni, raja-raja Melayu kekal sehingga ke hari ini tanpa perlu turun pangkat jadi rakyat biasa.
Jadi kemerdekaan bukan semata bermaksud "bebas daripada penjajahan British". Definisi mana satu yang digunapakai kena faham..
Few are those who see with their own eyes and feel with their own hearts. - Albert Einstein
Friday, 20 September 2013
Thursday, 22 August 2013
Review: Proton Suprima S
Minggu lepas saya berkesempatan melihat Proton Suprima dengan mata sendiri di showroom Proton Presint Diplomatik. Sebab selalunya kereta bila tengok dalam gambar tak sama macam tengok betul-betul.
Contohnya, lampu belakang Proton Suprima ada orang komen OK, ada orang komen kecil untuk kereta saiz macam tu. Jadi lebih baik kita tengok sendiri depan mata, baru boleh buat penilaian yang adil.
Keretanya diletak betul-betul depan kedai, berwarna biru, dengan bonet terbuka. Secara keseluruhannya, luaran nampak 'mantap', rapat tak ada gap besar. Kalau Proton zaman dulu-dulu kadang boleh nampak gap-gap besar, rongga antara pintu belakang dengan pintu depan, dengan fender, bumper macam tak rapat. Tapi dalam kes Proton Suprima, tak ada gap-gap itu, atau mungkin tak berapa ketara sangat.
Lampu belakang? Eh, Oklah cantik apa.
Dulu orang komplen body Proton lembik, macam tin milo, tekan sikit dah kemik. Tak selamat. Kalau eksiden mati macam ayam penyet. Tapi sekarang bukan lagi isu. Boleh kata body Proton Suprima ni keras setanding dengan kereta keluaran Jerman. Kalau tekan dengan jari, tak termasuk dalam. Bila buka tutup pintu pun, bunyi dia padat.
Masuk ke dalam bahagian penumpang belakang, luas dan selesa. Lutut tak cecah pun kerusi depan. Jadi Proton Suprima ni walaupun bentuk hatchback tapi sebenarnya tak kecil. Secara umumnya kalau nak tumpangkan orang lain pun tak adalah kita risau sempit ke tak selesa ke.
Duduk bahagian depan pula. Steering nampak sporty, dibalut dengan kulit. Ada paddle shift bergerak ikut pergerakan steering. Jadi masa cornering pun boleh tukar gear. Dashboard pun dibalut dengan material lembut, ringkas dan kemas.
Kemudian, kualiti plastik yang digunakan dalam kereta, secara peribadi 'boleh diterima' untuk "standard kereta-kereta pasaran Malaysia", tapi kalau mahu berjaya di pasaran luar negara wajib diperbaiki (Contohi interior peugeot kalau masih nak pakai plastik).
Kalau model Proton Saga, kita pun tahu memang kereta budget. Dashboard 100% plastik keras pun tak apa, kita tak pernah komplen. Memang bagus, supaya boleh jual murah pada harga bawah RM40k.
Tapi, Proton Suprima TAK MURAH, antara RM76k-79k. Malah, lebih mahal daripada Proton Preve. RM79k tu nak kata murah, sebenarnya tak murah, tapi belum capai RM100k, jadi macam mana? RM79k untuk sebuah 'perusahaan otomobil NASIONAL' aka Proton.
Proton mungkin claim harga macam ni sebab Suprima ni ada macam-macam features, ciri keselamatan.
Bila sebut "Proton", kita expect kereta yang mampu beli dan mampu pakai oleh "orang kebanyakan Malaysia". Mungkin untuk model Suprima ni Proton lebih fokus untuk pasaran luar negara yang mana sistem cukai dan kadar tukaran matawangnya lebih baik dan lebih mampu berbanding di Malaysia.
Enjin masih pakai enjin Campro, diturbokan. Jadi boleh expect minyak hanya jimat jika pusing litar bulat pada kelajuan 80km/j tanpa tekan brek. Dalam real world, siapa yang pakai Proton tahu lah.
Test drive tak dapat buat sebab hari kerja sahaja boleh. Sabtu Ahad tak boleh.
Adakah berbaloi beli? Saya fikir berbaloi kalau appreciate handling Lotus. TAPI, setengah orang kalau ada duit, tak beli Proton.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)