Wednesday, 31 October 2012

Lidah kebas lepas scaling

Tiga minggu lepas saya pergi klinik gigi untuk appointment scaling (cuci gigi). Dah lama juga tak jumpa dentist. Sampai saja dalam bilik klinik, dentist tanya kalau ada sakit kencing manis, tekanan darah tinggi etc. "Tak ada". Jadi kerja scaling bermula.

 Masa scaling, tak tahu lah rasa sakit sikit tu normal ke tak normal, ke sebenarnya sendiri takut jumpa dentist..

Selesai scaling, dentist pesan balik nanti kumur dengan air garam.

"OK..."

Nak jadikan cerita, lepas buat scaling tu, lidah sebelah kiri rasa kebas, macam tak boleh gerak. Nak sebut S tak boleh, jadi THH. Tak pernah-pernah macam ni, jadi pelat.

Tak pernah-pernah lidah jadi kebas lepas jumpa dentist. Dulu-dulu jaman muda-muda jumpa dentist cabut gigi ok je.

Jadi google la kot-kot ada orang yang senasib.

Memang ada.

Kes "numb tongue after dentist appointment".

Mungkin masa buat scaling, dentist terlebih cucuk sampai terkena saraf dipanggil 'lingual nerve' sampai injure saraf lidah. Bergantung pada tahap kecederaan, ada yang ambil masa berhari, berminggu atau berbulan akan sembuh. Ada yang syorkan ambil vitamin B12 untuk bantu bina tisu saraf. Sebaik-baiknya jumpa balik dentist terangkan situasi.

Seminggu lebih jugalah baru baik, sekarang dah boleh sebut S semula (Fuh..).

Jadi kalau ada siapa yang terkena, jangan gabra. InsyaAllah, bila saraf dah rebuild masalah selesai. Cuma sementara nak baik tu, jadilah pendiam dan pemikir masalah negara sekejap.

Sunday, 21 October 2012

Matlamat beragama

Dalam dunia ni ada beribu-ribu jenis agama, atau cara hidup yang dianuti penduduk dunia bernama manusia. Mengikut perangkaan, antara agama-agama utama dalam dunia adalah Kristian, Islam, Buddha, Hindu etc.

Kebanyakan nama agama sebenar-benarnya nama yang diberi oleh manusia, bukannya agama itu yang menamakan dirinya. Contohnya, Hindu merujuk kepada nama sungai iaitu sungai Indus. Apabila British datang ke India kemudian perhati cara hidup penduduk di kawasan sungai tersebut, lalu menamakan cara hidup itu sebagai Hindu untuk memudahkan klasifikasi. Padahal agama Hindu tak pernah menamakan agamanya sebagai Hindu malah dalam kitabnya sendiri.

Agama Buddha mengambil nama sempena Gautama Buddha, walaupun Gautama Buddha tak pernah menamakan ajarannya dengan apa-apa nama. Nama agama Buddha timbul semata-mata untuk memudahkan klasifikasi.

Kristian, nama kepada agama yang percaya kepada Tuhan yang satu, disampaikan oleh Jesus Christ, (atau Nabi Isa AS dalam Islam). Berlaku satu konspirasi sehingga Jesus ditangkap untuk disalib. Maka pengikut-pengikut ajaran Jesus Christ dinamakan pengikut Kristian, walaupun Jesus Christ tak pernah menamakan dakwahnya sebagai "Kristian", atau sesiapa yang nak masuk syurga mesti jadi orang "Kristian". Orang-orang yang terkemudian yang menamakan agama ini sebagai Kristian.

Islam, ramai orang salah anggap bahawa perkataan "Islam" semata-mata nama sejenis agama. Islam yang disebut berkali-kali dalam Al-Quran sebenarnya merujuk kepada "state of mind manusia yang berserah hidup sepenuhnya kepada Tuhan yang satu". Bahawa yang dinamakan orang Islam atau muslim itu, ialah orang yang single minded tentang pemikiran dia, percakapan dia, dan tindakan dia semata-mata untuk Tuhan yang satu, bukan ada tujuan lain dan kepentingan lain selain Tuhan yang satu. Itu maksud sebenar "cara hidup Islam", bukan Islam itu sejenis label nama agama.

Kenapa manusia itu asal-usulnya daripada satu iaitu keturunan Adam AS - semestinya satu cara hidup - kemudian berpecah kepada banyak golongan dengan pelbagai cara hidup, itu adalah persoalan yang manusia kena rungkai sendiri. Tapi disebabkan kekangan bahasa (language barrier) dan cabaran memahami isu kompleks dalam konteks yang betul, maka usaha merungkai persoalan ini menjadi sukar, dan tak ramai orang gemar dengan benda-benda yang susah. Memeningkan, dan tak menjamin makanan di atas meja.

Perkataan agama, religion itu sendiri pun dah menjurus kepada "kepeningan". Sebahagian orang barat memberi definisi religion sebagai 'set of beliefs'. Jadi pada mereka, orang yang beragama ialah orang yang "percaya-percaya" kepada sesuatu. Ada orang "percaya-percaya" bahawa tuhan mereka berupa seakan seorang manusia, berwajah seperti Morgan Freeman, berbaju serba putih, duduk di atas awan, dan melihat manusia jelata dari atas.

Dan nak dijadikan cerita majoriti penganut-penganut agama di dunia adalah daripada legasi keturunan. Bukan sebab mereka mengkaji kemudian pilih. Ramai orang masuk Islam setelah mengkaji dan buat perbandingan agama. Dan tak dinafi ada juga orang yang keluar Islam, sebab mereka mengandaikan apa yang dilakukan oleh majoriti orang Islam - yang menganut agama kerana legasi keturunan / "agama ikut-ikutan" - lalu menyatakan Islam ini agama yang mengelirukan, menindas, lalu ambil keputusan keluar agama, pun ada.

Adapun antara matlamat utama beragama, supaya manusia sedar dan faham bahawa hanya ada satu system of law, atau hukum yang mentadbir perjalanan seluruh alam semesta dan ia standard. Dan bahawa "law" ini mementingkan keseimbangan (balance).

Contoh dalam hukum newton ketiga, apabila satu daya dikenakan, pasti akan ada daya tindakbalas bertentangan.

Apabila kita ambil satu tindakan, pasti akan ada reaksi tindakbalas samada dari manusia, atau dari alam. Contoh, jika suatu kebaikan yang kita buat secara sembunyi dan tidak terbalas di dunia disebabkan tidak diheboh-heboh kepada manusia lain, maka pada alam selepas mati akan ada tindakbalas - atau kita dibiasakan dengan istilah "balasan setimpal" - terhadap tindakan-tindakan yang pernah dilakukan.

Jadi kalau ada orang yang berfikir boleh buat kerosakan di dunia dengan andaian akan terlepas daripada hukuman, sesungguhnya akan dibalas pada alam lain. Sebab Tuhan mentadbir alam semesta, mementingkan keseimbangan. Ia pasti akan dibalas setimpal, untuk mencari titik keseimbangan.

Jadi, dalam AlQuran (chapter 5 verse 69) menyatakan siapa saja yang beriman kepada Allah ("The God")(pemilik "The Law") dan beriman kepada hari akhirat (alam kemudian yang beri balasan setimpal demi memenuhi sains keseimbangan), dan banyak buat baik (atau lebih tepat dan spesifik: "beramal soleh"), maka tidak ada kebimbangan bagi mereka.

advertlets

nuffnang